Assalamualaikum...
Lama dah rasanya x update blog ni.. sebenarnya banyak benda nk cerita tp bila guna phone ni mcm malas nk tulis panjang² sbb xreti sgt sebenarnya nk guna smart phone yg xberapa smart ni... dah la tangan besar.. taip asik salah je kojenyeee...
Ari tu penulis pergi shah alam untuk belajar serba sedikit tentang network ni... penulis pergi dengan kawan penulis minato namikaze bapak kepada naruto tu... yang hokage ke 4 tu... nnt kome tgk le muka yg hokage la sgt tu...
Banyak juga ilmu baru yg penulis dapat dan penulis xsangka yang 3M sebenarnya punyai banyak product yang baik dan bermutu tinggi. Selain itu mereka juga mempunyai pusat RnD sendiri dan apa yang mereka hasilkan cukup memuaskan hati penulis...
Antara ilmu yang penulis dapat adalah seperti ilmu utp cat 6a dan fiber... macam mana nk terminated fiber dengan cara mudah dan lain². Ikot hati penulis mau ja penulis beli termination kit tu tetapi dgn harga 7000 penulis rasa mcm xmampu je. Xpe nnt klu ada rezeki penulis beli sebijik utk buat kerja luar bersama hokage la sgt tu har har har...
Ok lah layan la lebih kurang gambar penulis di 3M.
Followers
Saturday, December 7, 2013
Wednesday, September 11, 2013
Tutorial - Duplicate Network...
As-salam...Bertemu kembali kita didalam ruangan ini, pernah x sewaktu kita sibuk menggunakan win 7 dikala ini kita berjumpa dengan duplicate network atau tanda seru pada connection network pada penjuru belah kanan bawah pada monitor anda? Biasanya kita akan "disable"kan network connection dan "enable"kan kembali. Namun apabila anda "shutdown" PC anda, kes yang sama berulang kembali.
Namun ada cara lain untuk mengatasi masalah ini... anda boleh cuba cara ini :
tekan lambang bulat di penjuru bawah kiri monitor anda, dekat search anda taip "regedit.exe"
Keluar apa-apa popup just tekan "yes" je, xpayah gatai nk baca... bukan faham pon, penulis sendiri pown xpernah baca...
kemudian cari : "HKEY_LOCAL_MACHINE\system\CurrentControlSet\Services\tcpip6\parameters" ...... Kemudian anda cari "Disabled Component" = dword: fffffff
Kemudian,
pergi lagi dekat search macam mula-mula kita buat tadi dan taip "cmd", right click pada cmd dan pilih run as administrator dan tekan enter....
type dalam kotak hitam itu :
netsh interface tcp set global rss=disabled
kemudian,
netsh interface tcp set global autotuninglevel=disabled
ok dan restart...
kemudian;
kemudian;
dekat button search mcm yang mula-mula kita buat tadi taip "services.msc" cari "Idstring" click kanan dan select "properties" cari "startup fight" dan "disabled"kan.... Ini adalah optional, kerana ada sesetengah pc tu tiada pown idstring ni....
Kemudian restart, try & find some error....
Sekian Terima Kasih.
Tutorial -Sekiranya tiada password utk access Switch Cisco 2950, Using Console
Sekiranya tiada password untuk access
switch.. Reset password…
Utk switch 2950
@Tekan mode + Pasang power cord
Nnt dia akan keluar :
Switch : flash_init
-
-
-
Switch :Load_helper
-
-
-
Switch:
-
-
-
Switch: dir flash:
Switch: rename flash: config.text
flash: config.old
-
-
-
Switch: boot
-
-
-
(Type “n” for no)
Switch>
Switch>en
Switch #
Switch # rename flash:config.old
flash:config.text
Switch # copy flash:config.text
system:running-config
Untuk create new password (sw1 adalah
nama switch… depend pada yang dah create pada masa lalu)
Yang dalam kurungan <> anda
boleh masukkan apa-apa sahaja mengikut citarasa anda. Itu adalah password anda.
Sw1# conf t
Sw1(config)# enable secret
Sw1(config)#enable password
Sw1(config)#line vty 0 15
Sw1(config-line)#password
Sw1(config-line)#login
Sw1(config-line)#line con 0
Sw1(config-line)#password
Sw1(config-line)#end
Sw1# wr mem
Testing console, telnet … using new
password.
Tutorial - Reset Tab address Pada Firefox
Assalamualaikum...
Pernah terjadi x apabila anda membuka new tab pada firefox, anda akan mengalami pembukaan address selain dari default address anda... sebagai contoh yang penulis berikan disini adalah web (mixidj.delta-search.com/?babsrc=NT_ss&mntrId=E29990B11C969C44&affID=121136&tsp=5002)... contoh adalah seperti gambar dibawah.
Jangan susah hati, ada cara untuk reset... apa yang anda perlu buat adalah dengan cara ini sahaja... taip pada address bar firefox "about:config", kemudian pada address bar taipkan "browser.newtab.url". Right click pada "browser.newtab.url" dan reset kan. Itu sahaja yang anda perlukan... Terima Kasih dan selamat mencuba...
Saturday, June 29, 2013
Persijilan Etika Internet 1Citizen
As-salamualaikum...
Dah lama rasanya penulis membiarkan laman blog ini bersawang dengan dunia lebar sesawangnya... penulis bukan apa, penulis sekarang sibuk dengan macam-macam hal, rumah yang baru dibeli, dengan pemindahan penulis pada 1 Julai ini, dengan kursus persijilan, dengan Juri kepada tender main-main yang students IM buat, dan lain-lain hal lagi...
Namun penulis telah menjadi Trainer Assistance untuk persijilan 1Citizen anjuran kementerian pengajian Tinggi bersama Prestariang dan UiTM Kelantan. Dengan bayaran bagi penulis cukup lah buat standard penulis yang kurang pandai ini,dengan kadar 9 x 30 .... penulis berasa bersyukur dengan apa yang penulis perolehi.
Sementara penulis mencari mood dalam membaca nota-nota untuk persediaan esok hari ini saya paparkan gambar-gambar sewaktu Kursus Persijilan 1Citizen ini.
Dah lama rasanya penulis membiarkan laman blog ini bersawang dengan dunia lebar sesawangnya... penulis bukan apa, penulis sekarang sibuk dengan macam-macam hal, rumah yang baru dibeli, dengan pemindahan penulis pada 1 Julai ini, dengan kursus persijilan, dengan Juri kepada tender main-main yang students IM buat, dan lain-lain hal lagi...
Namun penulis telah menjadi Trainer Assistance untuk persijilan 1Citizen anjuran kementerian pengajian Tinggi bersama Prestariang dan UiTM Kelantan. Dengan bayaran bagi penulis cukup lah buat standard penulis yang kurang pandai ini,dengan kadar 9 x 30 .... penulis berasa bersyukur dengan apa yang penulis perolehi.
Sementara penulis mencari mood dalam membaca nota-nota untuk persediaan esok hari ini saya paparkan gambar-gambar sewaktu Kursus Persijilan 1Citizen ini.
Yang mana gambar penulis tu korang cari la sendiri ek. Penulis ni kali ini xde nak bergambar sgt dan banyak gambar dari card Memory camera digital penulis telah hilang bersama arus zaman. Penulis pown tidak tahu dekat mana penulis letak gambar tu... huhuhuhu... xpe lah itu x penting... sekarang penulis nak masukkan pula sijil penulis dapat setelah berjaya attend kursus tu dengan mendedahkan markah ujian penulis yang cukup-cukup makan huhuhu....
Okeylah... korang semua tgk dulu 1Citizen Poster ini... Bila bercakap dengan portfolio ini 1Citizen poster ini adalah contoh portfolio terbaik lah... so masing-masing boleh buat mcm-mcm kategori dan yang terbaik dari setiap IPTA akan dipertandingkan dan bakal mendapat hadiah.
Tapi penulis buat sesuatu klu tgk mungkin akan menyentuh sensetiviti dan sentimen sesetengah orang. Penulis bukannye saje-saje nak buat poster mcm ni... bukan kerana seronok-seronok kerana sexy nye gambar kartun ini tetapi penulis buat kerana hampir majority anak-anak kita minat dengan online games yang berciri-cirikan keganasan dan kita sebagai ibubapa tidak sedar akan masalah ini. Kita membiarkan mereka bermain komputer games seperti Sleeping Dogs, GTA, HiT MAN, dan lain-lain yang bercirikan gangsterisme dan ini membolehkan untuk mengundang padah kepada anak-anak muda. Mereka membayangkan kalau jadi mcm ini kan seronok, dan dengan bayangan inilah berkemungkinan mereka akan usaha untuk merealisasikan impian mereka. So disebabkan idea dan sebab musabab ini maka penulis mengedit muka penulis sendiri kepada HiTMAN poster dan hasil nya mungkin tidak menyenangkan sesetengah pihak. Namun tujuan dan niat sebenarnya adalah disebabkan ini. Saya memohon maaf dengan semua saudara pembaca jika gambar yang dibuat ini menyinggung akan perasaan saudara saudari pembaca semua....
Begitu lah hasil editing yang telah penulis buat dalam masa 1/2 jam.... lepas penulis buat gambar ni, ramai yang suruh penulis edit... antara nya Kekanda Poknik Adeq, 4 Abang Besar, dan lain-lain lagi tetapi penulis hanya buat kepada salah seorang dari 4 abg besar je.... Cikgu Nik... jangan nak komen pasal rokok tu sbb penulis mmg seorang perokok dan penulis ni dalam proses nak cuba untuk berhenti. So tunggulah dan harap semua boleh mendoakan supaya penulis cepat-cepat berhenti merokok itu. tapi jangan nk comment pape sbb penulis ni cpt bengang dengan komentar yg tidak membina ni...tolong ek.. tolong bantu penulis menjadi orang yang baik... hehehe
Ok sekarang penulis nak tunjukkan pula sijil-sijil penulis dapat ketika menjalani kursus 1 citizen ini.. Agak sayang juga lah kerana sepatutnya penulis sempat mengajar pada 28-29 Jun 2013 dengan bayaran lumayan... tetapi rupanya time penulis nk mengajar, diorang stop kan pula... erm, mungkin rezeki penulis xde lah ni... tak mungkin nak sabotaj pula kan... tp penulis je la xpuas hati atas sbb :
1. Cancel course time penulis dah ready utk mengajar.
2. Masa kita jadi trainer asst, call utk suruh kita masuk kelas, tp time cancel kelas xde pulak bgtaw kita
3. Masa cancel tu masa penulis nak berpindah ke perak, penulis cancel utk balik awal semata utk kelas ni, tp cancel xbgtaw, kita call xangkat, lepas tu return call pown xde..
Sbb tu penulis bengang, penulis rasakan mcm diorang ni kekadang anggap juruteknik ni x berkaliber nak mengajar students, diorang yang mungkin lebih arif dalam mengajar, tp byk ilmu sulit hanya juruteknik yang tahu. Tp yelah, dimuka bumi sudah termaktub, orang kaya akan terus kaya, dan yang miskin, tidak berpelajaran akan terus ditindas, penulis xdelah nk ckp yang trainers tu tindas penulis, tp penulis kecewa sbb pembatalan kelas tu penulis hanya tahu pukul 3.30 petang hari khamis, dan penulis call nk comfirm dengan pensyarah yang janji dengan penulis nk bg students dia dekat penulis xangkat dan xde return call balik. Sebab tu penulis bengang.
Tp sbb penulis dah nak pindah penulis dah maafkan semua orang yang telah bersalah dengan penulis, dan penulis anggap penulis mmg sentiasa tidak bernasib baik, so kenapa nak kecewa dah kan?
ok lah tgk lah sijil penulis yang tidak seberapa ni, dah langsung tidak bermakna selagi tidak dapat mengajar dan mendapat nilai kewangan diatas sijil ini...choiiiiii....
ok lah tgk lah sijil penulis yang tidak seberapa ni, dah langsung tidak bermakna selagi tidak dapat mengajar dan mendapat nilai kewangan diatas sijil ini...choiiiiii....
Sunday, June 9, 2013
9/10 Punca Rezeki ?
Assalamualaikum
Lama dah xupdate blog ni... bukan apa... xtahu nak tulis pe disamping sibuk kepada sesuatu yang xpasti... hari ini sewaktu penulis sibuk ber facebooking, penulis terlintas suatu status tentang 9/10 punca rezeki...Memang benar ada riwayat menyatakan 9/10 rezeki datang dari perniagaan... namun penulis teringat tentang ada juga Ustaz menyatakan 9/10 bukan hanya berlandaskan kepada kekayaan semata... Ianya membawa banyak maksud dimana ia menyatakan 9 kali cuba dalam perniagaan dan 1 makan gaji...
sekiranya sudah mencuba 9 kali jatuh bangun didalam dunia perniagaan maka ia menunjukkan kita bukan termasuk dalam seorang ahli perniagaan... ada yang menyatakan 9 itu merujuk kepada usaha tanpa mengenal erti putus asa didalam dunia perniagaan ini... ianya sama seperti ada riwayat yang menyatakan setiap dalam 10 umatku seorang yang masuk syurga... ianya dikatakan bukan menyatakan 9 akan masuk neraka tetapi ramai yang akan masuk neraka berbanding dengan syurga. Jadi 9 didalam punca rezeki ini juga dikatakan banyak rezeki akan masuk melalui perniagaan.
Nabi S.A.W didalam sejarah manusia agung juga merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Namun Baginda juga pernah memakan gaji sebagai pengembala kambing. Jadi jika merujuk kepada sunnah Nabi, makan gaji juga antara sunnah Nabi S.A.W... Hanya dengan niat kerana ALLAH dan Rasulullah maka kita akan mendapat berkat didunia dan diakhirat.
Antara benda lain yang kita memandang remeh tetapi sebenarnya besar dan kita terlepas pandang adalah kerja suri rumah. Sebenarnya, mengikut dari seorang ustaz yang berceramah di IKIM.FM tetapi penulis lupa namanya, suri rumah juga adalah sunnah dari Rasulullah S.A.W kerana isteri Nabi S.A.W adalah seorang suri rumah. Malahan ianya lebih mendapat pahala kerana dengan menjadi suri rumah, dengan suri rumah, aurat terjaga, pergaulan dengan muhrim terbatas, dan lain-lain yang boleh menjejaskan rumah tangga itu sendiri.
sekiranya sudah mencuba 9 kali jatuh bangun didalam dunia perniagaan maka ia menunjukkan kita bukan termasuk dalam seorang ahli perniagaan... ada yang menyatakan 9 itu merujuk kepada usaha tanpa mengenal erti putus asa didalam dunia perniagaan ini... ianya sama seperti ada riwayat yang menyatakan setiap dalam 10 umatku seorang yang masuk syurga... ianya dikatakan bukan menyatakan 9 akan masuk neraka tetapi ramai yang akan masuk neraka berbanding dengan syurga. Jadi 9 didalam punca rezeki ini juga dikatakan banyak rezeki akan masuk melalui perniagaan.
Nabi S.A.W didalam sejarah manusia agung juga merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Namun Baginda juga pernah memakan gaji sebagai pengembala kambing. Jadi jika merujuk kepada sunnah Nabi, makan gaji juga antara sunnah Nabi S.A.W... Hanya dengan niat kerana ALLAH dan Rasulullah maka kita akan mendapat berkat didunia dan diakhirat.
Antara benda lain yang kita memandang remeh tetapi sebenarnya besar dan kita terlepas pandang adalah kerja suri rumah. Sebenarnya, mengikut dari seorang ustaz yang berceramah di IKIM.FM tetapi penulis lupa namanya, suri rumah juga adalah sunnah dari Rasulullah S.A.W kerana isteri Nabi S.A.W adalah seorang suri rumah. Malahan ianya lebih mendapat pahala kerana dengan menjadi suri rumah, dengan suri rumah, aurat terjaga, pergaulan dengan muhrim terbatas, dan lain-lain yang boleh menjejaskan rumah tangga itu sendiri.
Itu kalau kita ambil makna Rezeki itu dalam bentuk material. Rezeki juga boleh datang dalam bentuk:
Kesihatan
Kelapangan
Ketenangan
Kebahagiaan
Banyak anak
Kehormatan
Kemahsyuran
Pujian
Kesihatan
Kelapangan
Ketenangan
Kebahagiaan
Banyak anak
Kehormatan
Kemahsyuran
Pujian
Dan lain-lain seumpama dengannya itulah klu kita merujuk kepada 9/10 punca rezeki iaitu bukan duit semata, tetapi dalam segala jenis bentuk. 9 itu merujuk kepada banyak... Namun yang pasti Allah akan melipatkan ganda rezeki kita dengan bersedekah... InsyaAllah... Ini hanya pendapat saya semata... segala kesalahan datang dari kecuaian saya sendiri dan yang baik itu datang dari Allah S.W.T. Yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan insyaAllah... Wa billah Hitaufiq wal hidayah, Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh....
Sunday, April 14, 2013
Contest : Umrah Percuma bersama Pak Latip
Assalamualaikum....
Makkah, menjadi idaman setiap umat islam bagi menunaikan haji @ umrah. Sesungguhnya dalam hati penulis begitu teringin untuk pergi ke Makkah namun penulis masih lagi kekurangan dari segi harta dan ilmu. Ya lah klu percutian dalam negeri pown penulis tidak mampu untuk sampai walaupun ke Cameron Highland ini kan Makkah yang menjadi idaman setiap umat Islam. Sebuah negara kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, junjungan besar umat Islam, seorang pemimpin yang hebat yang memimpin paling ramai umat manusia akhir zaman.
Hati penulis membuak-buak untuk menyertai contest yang dianjurkan oleh Pak Latip & PTS ini adalah kerana hadiahnya begitu lumayan iaitu UMRAH PERCUMA BERSAMA PAK LATIP dan berkebetulan penulis mempunyai koleksi Novel Sejarah Islam yang agak banyak jugalah... Tarikh tutup penyertaan pada 25 February yang lepas dan penulis telah pown menghantar penyertaan. Cuma bila tertengok balik gambar lama-lama yang penulis ambil, teringat nak buat entri untuk tatapan sendiri khasnya dan juga kepada para pembaca sekalian.
Sehingga sekarang penulis belum dapat sebarang keputusan adakah penulis dapat bersama dengan Pak Latip untuk ke Tanah suci Mekah dan juga penulis sekarang ini menghadapi masalah masa dengan penulis masih lagi dalam sambung belajar... Penulis rasa ada baiknya penulis biarkan seketika untuk Umrah dan InsyaAllah penulis akan pergi ke Tanah Suci Mekah dengan Anak-Anak dan Isteri -Isteri....Aippp marah kak ayu karang... hehhe begitu lah hal penulis dengan UMRAH PERCUMA BERSAMA PAK LATIP ini... tengok lah rezeki mcm ne, Allah dah sediakan kepada kita sejak kita berusia 120 hari dalam kandungan lagi...
Assalamualaikum....
Hati penulis membuak-buak untuk menyertai contest yang dianjurkan oleh Pak Latip & PTS ini adalah kerana hadiahnya begitu lumayan iaitu UMRAH PERCUMA BERSAMA PAK LATIP dan berkebetulan penulis mempunyai koleksi Novel Sejarah Islam yang agak banyak jugalah... Tarikh tutup penyertaan pada 25 February yang lepas dan penulis telah pown menghantar penyertaan. Cuma bila tertengok balik gambar lama-lama yang penulis ambil, teringat nak buat entri untuk tatapan sendiri khasnya dan juga kepada para pembaca sekalian.
Sehingga sekarang penulis belum dapat sebarang keputusan adakah penulis dapat bersama dengan Pak Latip untuk ke Tanah suci Mekah dan juga penulis sekarang ini menghadapi masalah masa dengan penulis masih lagi dalam sambung belajar... Penulis rasa ada baiknya penulis biarkan seketika untuk Umrah dan InsyaAllah penulis akan pergi ke Tanah Suci Mekah dengan Anak-Anak dan Isteri -
Assalamualaikum....
PUNDAK-MERDEKA,SETERIKA,KATHRIKA
INilah keje penulis apabila penulis malas nak buat assignment.... Penulis tetiba berhubung dengan otai PUNDAK ni yg bernama ermmm... Pazuzu Jr. Penulis pown sebenarnya xkenal pown sapa Pazuzu Jr. ni...Penulis like page "PUNDAK" FB ni... then Pazuzu Jr. tawar utk jadi calon... hahaha penulis pown ambil peluang ini mengedit gambar penulis dan meletakkan diri sebagai calon Pundak P.054 - Gerik... Lawan dengan siapa tunggu penamaan calon pada 20.04 ni nnt.
"Merdeka, Seterika, Kathrika" adalah slogan yang dipegang selama ini... manifiesto? ntah la... tapi bagi penulis "biar rosak undi, jangan rosak akhlak".... Kekadang bila stress buat assignment yg belum disentuh lagi ni, permainan mcm ni seronok jugak. Nampak semua nk gaduh hal politik, kita pown sama menyibuk juga la.... tp hujah kita mesti tidak berlandaskan fakta... utk PUNDAK kita mesti berlandaskan auta semata... Ahli2 tertinggi PUNDAK tidak menerima orang yg berlandaskan fakta... Seperti penulis yang berjawatan FT17 berpangkat Prof Emeritus di FB, mmg layak untuk memegang Grik sebagai calon disitu... Misi kami hanya 2, pertama, memastikan semua mereka di grik pergi membuat undi rosak, dan yang kedua mengorat misi-misi hospital grik sampai dapat...
Harap semua pembaca boleh like gambar saya tanda menyokong kehadiran saya di Grik... semua gajah dan harimau bersetuju dengan kehadiran saya.... Utk rakan-rakan like anda menentukan segala.... LiKE disini : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=135520686632803&set=pb.132428356942036.-2207520000.1365877652&type=3&theater
Terima Kasih....
Saturday, April 13, 2013
Kursus Binaan Blog Bersama Mr. Mazlam Gemeti
Assalamualaikum...
Hari ini berlangsung satu kursus bersama Mr Mazlam Gemeti di UiTM Machang bersama Aura Merah Group (AMG). Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran tentang bagaimana dunia blog atau lebih dikenali sebagai social network ini boleh menjana kewangan dan juga mempromosikan product masing-masing kedalam dunia maya ini. Penulis hanya membantu mr.mazlam untuk mengajar beberapa perkara berkaitan dalam dunia blog ini. Okeylah... berikut adalah suasana tempat pembelajaran blog ini.... saksikan lahhhhhh (ikot nada iwan dangdut taw) :
Begitulah suasana ketika berlangsung seminar pembinaan laman blog ini. Diharap para peserta AMG berpuashati dengan pembelajaran dan juga kemudahan yang telah disediakan ini. Terima Kasih.
Terima Kasih
Wednesday, April 3, 2013
Review Jujur En Ruby
Assalamualaikum
Lama dah sertai segmen... so ada orang buat segmen macam ni penulis tetiba rasa mcm nak join walaupun sebenarnya assignment berlambak xsiap lagi... xpe.. nnt siap gak assignment tu... Erm pasal blog En.Ruby ni yer... korang click la dekat banner dia tu baca sendiri la ek... Sebab en ruby nak review pasal blog penulis ni.. bukan penulis nk review blog dia hehehe.. tapi nk tahu gak click la dekat banner En.Ruby tu hehehe...
Ok lah.. nk buat assignment pulak ni... so harap en Ruby leh review sejujurnya blog saya dan i'm also no heart feeling.... No prob, xbagus, xseronok, personal blog ke, syok sendiri ke just bgtahu... sebab kekadang kita seronok menulis, tetapi sebenarnya kita tidak bagus dalam menulis. Jadi bila orang tengok, jadi kita leh tahu dimana kelemahan kita utk diperbaiki... kelebihan nk dikekalkan... erm .. begitu lah... Assalamualaikum
Tuesday, April 2, 2013
Buku Jalanan Kota Bharu kali ke -2
Assalamualaikum...
Hari ni penulis nak berkongsi dengan rakan blogger dan rakan pembaca semua tentang Buku Jalanan Kota Bharu. Kali ini diupgrade sikit dengan street learning... Kemudian alhamdulillah, dikatakan juga yang Perpustakaan Negeri Kelantan juga menyertai BJKB ini sewaktu selang waktu BJKB tiada disana. Ini membolehkan setiap minggu Taman Reakreasi Tengku Anis meriah dengan budaya membaca setiap minggu hari jumaat dari jam 4 ptg hingga 7 ptg bersilih ganti dengan BJKB dan Perpustakaan Negeri Kelantan.
Selain itu, di Taman rekreasi ini juga disediakan taman permainan kanak-kanak yang agak besar. Disamping itu juga taman ini juga menyediakan kolam renang untuk kegunaan pengunjung dengan kadar bayaran yg rendah. Ok lah.. jom kita lihat suasana disana....
Subscribe to:
Posts (Atom)