Followers

Friday, June 29, 2012

This is the Final Count Down...

Sumber dari : Treevia Network

Lagi beberapa jam penulis akan bertemu dengan sebuah kertas soalan yang penulis tidak berapa suka... Strategic Information System Planning. Payah kowt paper tu... Dah mula baca dari semalam sampai la penulis mula menulis dalam blog ni langsung penulis xtahu apa-apa pasal subject ni... Esk dah mula final Exam. Korang tgk x gambar diatas, mcm tu la aku rasa bila tiba waktu esk... xleh jawab sampai otak keluar... Member-member pown dah nek risau bila aku bgtaw aku dah start blur... sebijik mcm keadaan dalam gambar tu... harap-harap esk otak aku xkeluar mcm tu.... boleh keluar dewan dengan tersenyum riang ... InsyaAllah....


Sunday, June 24, 2012

Suzuki V-Storm 650ABS


 



Hari ini penulis nak review sedikit tentang Motor Besar, Ye lah apabila dah bosan maka application facebook memjadi permainan. Dan penulis mendapat cadangan dari application suka-suka Facebook ni Motor yang paling sesuai untuk penulis adalah SUZUKI V-STORM 650ABS. Menurut daripada http://www.totalmotorcycle.com/motorcycles/2012models/2012-Suzuki-VStrom650ABS.htm yang penulis faham, motor ini telah diperbaharui dari segi design dan kekuasaan motor itu sendiri. Ianya boleh dikategorikan sebagai "Easy Rider" namun ianya kelihatan amat sporty dan bergaya.

Penulis tidak begitu faham dengan spesifikasi yang diberikan namun bagi penunggang jarak jauh yang inginkan keselesaaan, penulis berasa begitu teruja untuk memiliki sebuah motosikal berkuasa besar seperti ini. Ianya juga dilengkapi dengan Antilock Break System (ABS) yang digunakan untuk membantu penghentian motosikal yang lebih efisyen. Selain itu tangki minyak motosikal yang slim dan bergaya mampu menampung sebanyak 20 liter minyak didalam satu masa. Mengikut pada kiraan penulis satu tangki minyak motor ini didalam linkungan Rm40-50, namun mampu untuk bergerak lebih jauh dari biasa.

Selain itu, motorsikal ini juga mempunyai 6 speed gears dan mampu bergerak didalam keadaan stabil didalam top speed gears, namun saranan penulis sila patuhi had laju yang dibenarkan ye, Harga penulis tidak pasti akan haraga pasaran malaysia, namun penulis menganggarkan dalam RM30,000 - 40,000 sahaja barangkali... dan ianya bersifat mampu milik bagi seorang yang kaya raya... hahaha penulis tidak mampu untuk miliki jentera semacam ini.... Penulis masukkan sedikit spesifikasi yang penulis pown sendiri tidak faham... namun sekiranya ada yang faham boleh berkongsi diruangan komen entry ini terima kasih.... :
spesifikasi :

ENGINE TYPE
4-stroke, liquid-cooled, DOHC, 90 degree V-Twin

BORE X STROKE
81.0 mm x 62.6 mm

DISPLACEMENT
645cc

COMPRESSION RATIO
11.2:1

FUEL SYSTEM
Fuel injection

MAXIMUM POWER
50.5 kw @ 8800 rpm

TORQUE
60 Nm @ 6400 rpm

IGNITION
Electronic ignition (transistorised)

STARTER SYSTEM
Electric

LUBRICATION SYSTEM
Wet sump

TRANSMISSION
6-speed constant mesh

PRIMARY REDUCTION RATIO
71/34 (2.088)

FINAL REDUCTION RATIO
47/15 (3.133)

RAKE / TRAIL
26.0 degrees / 110mm

SUSPENSION
FRONT
Telescopic, coil spring, oil damped
REAR
Link type, 5-way adjustable coil spring, oil damped

BRAKES
FRONT
ABS 310mm dual disc
REAR
260mm disc

TYRES
FRONT
110/80 R19
REAR
150/70 R17

FUEL TANK
20.0 litre

OVERALL LENGTH
2,290mm

OVERALL WIDTH
835mm

OVERALL HEIGHT
1,405mm

WHEELBASE
1,560mm

SEAT HEIGHT
835mm

WET WEIGHT (including all fluids and 20 litres of fuel)
214kg

WARRANTY
Two-year unlimited km

COLOURS
Choice of two:
1. Pearl Mirage White
2. Metallic Fox Orange


Tuesday, June 19, 2012

Pelik Betul

Pada hari sabtu yang lepas penulis ada pergi sebuah kenduri sedara dekat area perak... Kawasan perak al-maklumlah ada ramai orang india dan mengamalkan agama mereka kan? Kemudian penulis pergi parking kereta dekat la dengan sebuah kuil diorang ni... Penulis terperasan sesuatu dekat kuil mereka ada seekor lembu yang dibuat dengan patung dan juga orang yang bertangan enam tu... sebelah itu juga ada la orang membela lembu dekat dengan kuil itu...

Apa yang menjadi kehairanan penulis, mcm ne diorang leh terfikir nak jadi kan lembu itu sebagai tuhan yang melindungi mereka? klu bukan tuhan pown, nk jadi sebagai guardian pown dah menjadi pelik... Apa yang peliknya, lembu sebelah kuil tu pun orang yang jaga, orang yang bawa dia pergi tempat berumput, klu lepas entah kemana-mana dia pergi dan boleh dibunuh atau disembelih dan dimakan. Maksudnya lembu tu xleh nak jaga diri sendiri. Macam mana dia nak jaga orang?

Kenapa penulis kata begitu adalah penulis perhati banyak patung lembu diletakkan dirumah-rumah mereka menandakan sebagai makhluk suci.. klu lembu tu suci kita sebagai manusia yang boleh berfikir dan berkata-kata ni lagi hina la dari lembu x gitu?

Sebagai seorang muslim kita wajib percaya dengan adanya Allah S.W.T. dan ramai juga yang bukan muslim ni mempertikaikan klu Allah tu wujud dan benar, bagaimana Allah dan cuba gambarkan.. Kita orang muslim yang kurang pengetahuan tentu tidak boleh jawab kan? Nak gambarkan Allah mcm mana, itu diluar bidang kuasa dan menjadi syirik klu kita cuba gambarkan Allah dengan makhluk yang ada... tp jawapan untuk itu adalah senang kerana ulama-ulama terdahulu sudah menjawab lama dah pertanyaan tersebut... Kita ambil kita menyedut Oksigen untuk hidup secara sainsnya, dan kita percaya oksigen itu wujud. Cuba kita gambarkan dan jelaskan oksigen itu berbentuk bagaimana? Bulat segitiga atau segi empat? tidak boleh kita gambarkan dan kita tetap percaya oksigen menyebabkan kita boleh bernafas. Begitu juga Allah yang mana kepercayaan kita terhadap Allah wujud melalui agama dan mengamalkan amal maaruf nahi mungkar....

DAN AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH DAN ISLAM ITU AGAMAKU, KAABAH ITU KIBLATKU, AL-QURAN ITU IMAMKU, DAN SOLAT ITU KEWAJIBAN KU, SEKALIAN MUSLIMIN SAUDARA KU DAN HIDUP MATIKU DIATAS KALIMAH "LAA ILLA HAILLALLAH"....

Sunday, June 17, 2012

Israk Mikraj (27 Rejab)


Peristiwa Israk dan Mikraj ke atas Nabi Muhammad SAW. adalah perkara besar yang berlaku dalam bulan ini. Baginda telah di“Israk”kan (dibawa berjalan) dengan menggunakan `Buraq’, dari Masjidil Haram di Kota Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin serta di“Mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah SWT. Di mana dengan izin-Nya, Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah SAW.

Semuanya berlaku dalam satu malam sahaja. Perjalanan ini disebutkan Allah di dalam Al-Quran menerusi firman-Nya: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesunguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”    (Surah Al Israa’: 1)

Amalan sunat yang digalakkan untuk kita buat masa bulan Rejab atau lebih tepat lagi, masa Malam Israk Mikraj nanti. :)

Amalan Malam 27 Rejab (Peristiwa Israk Mikraj).
  1. Solat sunat Tahajud 2, 8 atau 12 rakaat.
  2. Solat sunat Tasbih, Taubat dan sunat witir.
  3. Beristighfar 70 kali, 100 kali atau lebih.
  4. Berdoa.
  5. Memohon keampunan diri dan ibu bapa.
  6. Berselawat, berzikir dan bertasbih sehingga fajar subuh.

Erm... Pulak dah??

Penulis sebenarnya baru balik dari kursus network di Shah Alam, apa yang penulis dapat agaknya ya? Dapat ilmu la sikit-sikit... configure switch boleh la skunk.. tp kena praktis selalu la kan, bak kata Omputih "Practice make perfect"... masalah yang penulis hadapi adalah bagaimana nak praktis ni.. xkan nak guna switch jabatan.. Gilo kau... lari setting kang x ke naya nk pangil orang HQ turun... erm pakai simulasi, boleh tapi xsama dengan real..command pown byk xsama wooo...

Sebenarnya bukan cerita ini penulis nk bgtaw... sbb dah bosan dok kat opis ni, men la satu applikasi didalam facebook. penulis kan facebooker yang tegar, tp xde la setegar Mia Kasih tu... Sapa Mia Kasih? hehehe biar lah rahsia ek... permainan tersebut adalah "APAKAH HAIWAN PELIHARAAN ANDA?" dan jawapan nya adalah :


Ini yang dibaginyer... xpelah kan... klu betul² rasanya boleh jugak kaya dengan ini binatang... Nabi dulu pown jadi pengembala kambing... lembu dengan kambing rasanya lebih kurang je degil dia kan... boleh memupuk semangat dan sifat sabar dalam diri... hehehe...


Sunday, June 10, 2012

Dapat tawaran Master...


Penulis baru sahaja mendapat tawaran Master of Science in Information Management (By Research). Yelah baru dapat tawaran untuk temuduga belum lagi dapat betul-betul tetapi itu pown dah memeningkan kepala penulis. Yelah, by research ni penulis mmg xgemar sikit... Penulis ada buat sedikit revision tentang full time, course work, dan research ni... Penulis seronok klu dapat buat research ni, sbb masa flexible, kelas xde la hari-hari senang nk arrange masa sbb penulis ni sibuk gila... Mana nak update blog, nak update facebook, nak men games, nak g melawat anak dekat perak (anak ke-2 penulis insyaAllah lahir bulan 9 nanti) nak wat keje lagi research lagi.. nak ulang alik KL-Klate ?  huh xsanggup penulis... bila dah wat revision ni penulis dapati by coursework lagi senang habis on time... Masalah nyer sekarang, klu penulis terima Master ini.. boleh ke penulis convert ke coursework? dan klu boleh la convert ada ke Course ini dalam bentuk coursework? Sbb penulis tanya tadi seorang lect AD. mmg ada coursework course yang dia amik tu... Adoyaiiii... ada sesiapa yang boleh bantu?? Sila tinggalkan pendapat anda diruangan komen entri ini Terima Kasih....


Wednesday, June 6, 2012

Ada Apa dengan Mia Kasih??










Mia Kasih Oh Mia Kasih...
Sapa Mia Kasih ni ye? Blogger kah sehingga penulis sanggup buat satu entry utk Mia Kasih ni? Mia Kasih bukahlah seorang blogger mcm penulis yang menulis macam-macam didalam blog nyer tetapi Mia Kasih ni seorang facebooker yang berjaya gak la... Diupdatednya status Facebook sampai tak sempat kita nak kejoor kata ko.... Mia Kasih ni sepupu penulis dan beliau telah mengajak penulis sekeluarga untuk berkelah sambil beramah mesra dengan keluarga beliau... Majlis ini berlangsung dirumah kakak beliau dekat Panchor Klate... Nampak ringkas je lauk pauk dia kan mcm xde pape spesel dekat situ kan? Tetapi ayam Percik Mak Long penulis ini adalah yang terbaiKKKKKK setakat yang penulis makan... Testimoni dari adik penulis si Atiekass (blogger yang tidur jap, tak taw bila dia nk buat balik blog dia) " Huihs...Hangpa tak taw oooo, ayam percik mak long, sapa-sapa makan teringat sampai taun depan oooo, laa ni pown berair mulut klu bercerita"... Haa boleh bayang kaa betapa sedapnya ayam percik tu... Apabila penulis makan semalam, ternyata testimoni tu tepat... Mmg tidak terkata sedapnya... Wife penulis pown sejak balik dari rumah Kakak Mia Kasih tu sampai lah kerumah penulis cerita pasal ayam percik tu tak habis lagi... Haa tu lah kisah makan ayam dirumah kakak Mia Kasih... Terima Kasih Mia Kasih Sekeluarga.


Tuesday, June 5, 2012

Ada Yang Tak Kena Ni??



"Ni mesti ada yang xkena ni" kata penulis lepas main ping pong tadi... Ye lah tetiba je pukul bola semua tak menjadi...apa hal?? Lepas penulis duduk rehat dengan rakan sepermainan tadi kitaorang pon postmortem kenapa penulis main asik tak menjadi je... mesti ada tak kena ni... Pikir punya pikir akhirnya penulis menjumpai jawapan kenapa penulis kalah main pingpong tadi... sebabnya penulis pukul bola pingpong xkena, asik out je... hehehe meme ado hok tok keno....



Monday, June 4, 2012

Khas kepada semua follower KaiSHu_HaiKaL


Assalamualaikum... 
Entri ini adalah untuk menghargai kesemua follower kaishuhaikal.blogspot.com dan termasuk kepada mereka yang bakal menjadi follower teratak kecil kaishuhaikal ini... Erm penulis bukanlah seorang yang mempunyai seni didalam designer dan juga bukanlah seorang blogger yang cemerlang namun penulis berpendapat dengan cara ini (rekaan banner best follower) penulis dapat memberi penghargaan kepada semua follower termasuk silent follower kaishuhaikal.

Walaupun Banner ini tidak cantik namun banner ini dibuat seikhlas hati penulis bagi menghargai kesemua follower kaishuhaikal yang sebanyak seratus lebih setakat ini. Bagi penulis, walaupun masih sikit untuk dibandingkan dengan blogger lain, namun penulis berasa cukup berbangga dengan kehadiran semula follower ini.

Jadi penulis berharap mana-mana blogger yang mempunyai sedikit ruang diruangan blog mereka boleh memasukkan banner ini dan menceritakan tentang blog kaishuhaikal dimata hati anda. Anda semua digalakkan untuk meninggalkan link entry anda tentang kaishuhaikal.blogspot.com diruangan komentar entry ini untuk rujukan penulis dan rakan-rakan blogger yang lain. Itupun sekiranya anda semua mempunyai ruang dan masa. 

TERIMA KASIH SEMUA SAHABAT BLOGGER.....




P/S:
Dalam perancangan penulis nanti penulis mungkin akan buat satu banner lagi buat pembaca-pembaca kaishuhaikal pula...insyaAllah...

Saturday, June 2, 2012

GANGSTARZ or GANGSTA LIVIN??



Salam... Nampak tak bila penulis menggunakan aplikasi FB tentang klu realiti tv penulis masuk dan boleh menang ialah GANGSTARZ? Klu betul penulis masuk dan boleh menang xperlu dah bekerja banyak-banyak.. main nyanyi sampai pecah anak tekak wat album... 

Ke sepatutnya kena masuk GANGSTA LIVIN... Cari ramai pengikut, bentuk satu group utk menentukan kekuatan dan jaga kawasan... wah mcm cite omputih pulak kan?? So banner yang patut kuar untuk masuk realiti TV dan belum tentu menang adalah seperti ini :~

Hahaha... Ni baru stylo bro... GANGSTA LIVIN... Dah rasa macam Grand Theft Auto San Andreas pown ada gak... kekeke... Dunia penulis Gangster? Huh Penulis lebih rela  men Blog 24 Jam dari hidup as a Gangsters...

Macam ni pown boleh jadi ke??

Penulis sebenarnya dalam proses mencari idea didalam penulisan blog ni... ye la kan nak cari yang ilmiah sikit klu boleh sbb nk kongsi ilmu... namun setelah dipikir² dan dicari² bahan penulisan terjumpa pulak pasal batman tengah amik cuti tahunan ni ramai-ramai... Seronok pulak tengok diorang dok bersantai letak dekat hotel cenggini... Penulis rasa macam nak bagi penyepak jer kat diorang ni.... Penulis yang banyak masa ni pown rasa mcm xcukup masa je... Mana nk update blog, update status facebook lagi, lepas tu mula la bagitaw alasan xde masa... Nak semayang jemaah dekat surau xde masa, nak mengaji Al-Quran xde masa, nak dengar ceramah agama xde masa, semua xde masa... tapi bila kekawan ajak pergi TT, orait je... orang ajak pergi Golok cari baju (ni cari baju je taw) orait je.. mana² hiburan mesti orait je... huhuhu...


SPRINT TEST TGK LAJU KE TAK LAJU??


Penulis sentiasa heran kenapa la setiap kali penulis nk masuk blog penulis, mesti slow gila... nk tunggu nk follow orang pown sama apabila dia tgh load profail penulis. Hari bila penulis ada sedikit geram, penulis pergi la dekat satu laman http://tools.pingdom.com dan masukkan link blog penulis, hasilnya seperti diatas. "YOUR WEBSITE IS SLOWER THAN 78% OF ALL TESTED WEBSITES". Nasib baik bukan dia tulis "YOUR WEBSITE IS SLOWER THAN SIPUT SEDUT OF ALL TESTED WEBSITES" marah penulis klu dia tulis mcm tu... erm 78% tested dekat line 318KB sepatutnya dah dikira lajukan... 

So nak marah lagi @ Tidak ??
Yup penulis nk marah lagi sebab dah tau dah punca kenapa setiap kali penulis cuba nak browsing mesti jadi slow... Sbb nyer adalah adik-adik penulis tgh bukak video streaming time tu... mmg la slow nk browsing.. 

Apa yang perlu dibuat??
Erm.. apa yer yang perlu dibuat oleh penulis? Nampak gayanyer ada satu cara je yang boleh dibuat... Penulis perlu mengambil tindakan drastik dengan...............??






menjerit " WOI....HANGPA BUKAK SATU DAH LA VIDEO STREAM TU... KOREA LAGI, SUPER SPONTAN LAGI... AKU NAK BLOGGING PON XLEH NI".... 

 

Friday, June 1, 2012

APABILA MAMA PAPA TIADA DIRUMAH ??





Ini lah project penulis dengan adik-adik penulis apabila mama ngan papa kitaorang tiada. Makan makanan omputih. Saje je penulis berpakat dengan adik-adik penulis pergi cari KFC ni, memula ingat nak beli family bucket je last-last dapat Family Combo Pakej A.. Dapat Pokkits 2. Anak penulis si Aisyah bukan main seronok dapat beli KFC. Melompat-lompat, nampak penulis nk amik gambar dapat tangan dia pegang pokkits tu haa... 

Erm lepas ni kena makan ikot bawah dulu la kowt ye? Dah iklan KFC cakap makan ikot bawah dulu.... Betul ke cara mkn mcm tu? Nampak aisyah dah xsabar dah tu? Ok lah chow sin chiiiiiii....


AKHIRNYA??

Assalamualaikum...
AKHIRNYA??....
Apanya yang akhirnya ye? Klu kawan-kawan tgk entry yang lepas penulis ada bercerita tentang membuat banner bagi blog penulis sendiri kan? Ada 2 jenis gambar yang penulis letak disitu dan akhirnya kedua-dua dipilih hehehe... Penulis membuat sedikit perubahan pada gambar kedua dengan mengambil ukuran asas pada gambar ke-2 dan membuat kembali gambar pertama dengan sedikit perubahan dengan menggunakan photoshop. Alhamdulillah dengan berkat kesabaran, penulis berjaya menghasilkan banner seperti ini : 


Yup banner ini mungkin tidak secantik blogger-blogger lain dan tidak secanggih mereka, namun penulis berbangga dengan rekaan penulis ini kerana ini adalah hasil dari kerja keras penulis dalam menyiapkan banner blog ini. Terima kasih yang memberi bantuan pandangan didalam komen blog dan juga didalam Facebook dan juga yang direct terus kepada penulis sendiri. Jasa dan pandangan anda tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...