Followers

Sunday, May 30, 2010

Hari ini aku terkejut melihat Journal Mentor 4 Si ZZ dengan M. Apa tidaknya, Si Z bagitau pada Malaysia, klu nak jadi penyanyi tidak boleh malu... Memang patut malu pon M apabila disuruh pegang pipi pompuan yang nyanyi dengan dia tu. ZZ tidak boleh ar buat mcm tu even itu dikatakan sebagai profesional. Profesional kita sebagai seorang Islam harus dijaga juga. Sudah la aurat tidak dijaga, disuruh pula bersentuhan antara lelaki dan wanita.

Tidak boleh begitu saya rasa kerana kita sebagai seorang yang profesional juga harus menghormati kehendak dan kebebasan orang lain. Pernah dinyatakan oleh seorang artis terkenal bahawa artis sebenarnya tidak boleh dijadikan sebagai idola...ramai yang marah dengan kenyataan itu. Tetapi hari ini telah terbukti sekali lagi bahawa artis memang jelas tidak boleh dijadikan sebagai idola. Kerana apa, kerana dia dengan sewenang-wenangnya telah menghalalkan cara yang terbukti haram disisi agama.

Mungkin dia akan menyatakan penulis ini adakah dia benar-benar mengikut islam sehingga boleh memberi pendapat itu betul dan ini salah...Memang benar saya bukan lah seorang yang alim tentang agama malah bukan sempurna pun hidup ini. Namun apabila ianya boleh ditegur maka ianya wajib ditegur. Bukan untuk menyalahkan sesiapa tetapi untuk membaiki apa yang salah. Saya rasa ianya tidak salah jika menegur, kerana ZZ sebagai mentor juga menegur M jika M buat salah. Pendapat saya ZZ perlu berubah sedikit pendekatan dan meletakkan islam diatas kehidupan kita. Dalam meletakkan hukum saya tidak tahu menyanyi berada dimana, yang pasti menyanyi adalah haram sekiranya ia boleh melalaikan diri @ orang lain. Bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita jelas haram disisi Islam melainkan suami isteri atau dimasa keadaan-keadaan tertentu. So ZZ, beringat la sebelum melakukan sesuatu...

Daripada :

Khairil_157 MYSAT

Saturday, May 29, 2010

The Guardian "Compelling And Heroic"

Ari ni aku baru jer lepas layan cerita The Guardian yang dibintangi oleh Kevin Costner dan Ashton Kutcher. Best giler layan citer mcm nih. Selain dari jalan cerita yang menarik, aku juga nampak bagaimana gigih dan kuatnyer semangat yang ditampilkan oleh Guardian sebenar di seluruh dunia. Misi yang sama dimana cuba untuk menyelamatkan nyawa seramai yang mungkin.
Aku xtau bagaimana dan samada ada atau tidak Penyelamat seperti mereka ini di Malaysia, yang pasti pasukan penyelamat seperti ini khasnya bomba dan seangkatan dengannya pasti merasai apa yang dilalui oleh Kevin Costner yang membawa watak Cif Ben Randall yang gagal menyelamat 22 orang yang lemas selepas helicopternya terhempas & hanya di sahaja yang terselamat menjadi igauan ngeri kepada beliau. Beliau seterusnya menjadi trainer Coast Guard Rescue Swimmers School dan menggunakan tekniknya yang tersendiri bagi mengelakkan daripada ramai yang mati ketika menjalankan tugas menyelamat.
Dalam ramai-ramai Recruit, Jake Fisher yang dilakonkan oleh Ashton Kutcher merupakan seorang yang berbakat dalam menyelamat. Ada banyak kisah yang berlaku dimana misi menyelamat sebuah kapal nelayan yang mengakibatkan Jake terperangkap dan Ben yang sudah bersara secara tidak sengaja kembali ke Laut untuk menyelamatkan Jake telah jatuh dan mati ketika misi untuk menyelamatkan Jake. Beliau tepaksa mengorbankan diri demi menyelamatkan Jake kerana kabel penyelamat hampir putus dan tidak mampu untuk menampung 2 orang dalam satu masa.
Begitulah sinopsis cerita yang aku mampu huraiankan di saat ini. Aku masih teringat pertanyaan Jake kepada Ben sekiranya perlu untuk membuat keputusan dalam menyelamat, bagaimana Ben akan putuskan? Ben menjawab "Tgk pada keadaan, pada masa sekarang, aku menyelamat yang paling dekat dengan aku, seterusnya yang cedera dan lemah, kemudian barulah yang lain-lain, diri aku adalah yang paling terakhir". Begitulah aku rasa apa pasukan penyelamat fikirkan setiap kali dalam Misi. Diri sendiri adalah yang terakhir.
Terima Kasih Anggota Penyelamat Negara....

Daripada :
Khairil_157 (KaiShu_HaiKaL)
MYSAT

Friday, May 28, 2010

PERJUMPAAN DENGAN BLOGGER CHITRONAL

Aku sebenarnya dah xsabar nak jupe ngan chitronal nih...seorang blooger yang telah membawa aku kepersada blogs nih. Walaupon aku ni orang IT namun masih byk memerlukan pertolongan orang lain.
Aku begitu mengharapkan kedatangan beliau kerana ada byk yang aku ingin bertanya dengan beliau bagi mengindahkan dan menaikkan traffic aku di persada blog ni. Biar pon xmampu untuk bersaing dengan en.Ben Ashaari @ SaljuHumairah @ Ahmad Dhani, dapat melintasi diorang pon ok ah..hahaha..
Apa2 pon kita tunggu esk kedatangan beliau ke Negeri Cik Siti Wan Kembang ni dan melihat hasilnya keatas blog aku nanti. Klu aku ikot ckp dia dan berjaya, pergh bes la aku. Klu xberjaya maksudnya aku xbuat la tu. Bukan salah dia. Klu cikgu mengajar hebat pon tetapi pelajar pemalas nak mampus pon xde guna jugak kan..apa2 pon harap aku dapat mempelajari sesuatu yang berguna nanti. Adios.

KITA DAN INSAN DIPANGGIL IBU,MAMA,MAK,MUMMY DLL..


Kita Dan Ibu

Ketika berusia 1 TAHUN, ibu suapkan makanan dan mandikan kita.

Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Apabila berusia 2 TAHUN, ibu mengajar kita bermain,kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

Menjelang usia kita 3 TAHUN, ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang. kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika berusia 4 TAHUN, ibu membelikan sekotak pensel warna, kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

Berusia 5 TAHUN, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

Setelah berusia 6 TAHUN, ibu meminpin tangan kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit: Tak nak! Tak nak!

Apabila berusia 7 TAHUN, ibu belikan sebiji bola. Cara kita mengucapkan terima kasih ialah kita pecahkan cermin tingkap jiran.

Menjelang usia 8 TAHUN, ibu belikan aiskrim, kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

Ketika berusia 9 TAHUN, ibu menghantar ke sekolah, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.

Berusia 10 TAHUN, ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana saja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

Setelah berusia 11 TAHUN, ibu membawa menonton wayang, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan dengan duduk di barisan berlainan bersama kawan.

Apabila berusia 12 TAHUN, ibu menyuruh membuat kerja sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menunggu ibu alpa untuk mudah menonton televisyen.

Menjelang usia 13 TAHUN, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.

Ketika berusia 14 TAHUN ibu terpaksa mengikat perut untuk mem bayar wang persekolahan dan asrama, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk surat pun.

Berusia 15 TAHUN, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman, kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

Setelah berusia 16 TAHUN, ibu mengajar memandu kereta, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan melanggar tembok.

Apabila berusia 17 TAHUN, ketika ibu sedang menunggu panggilan penting, kita bergayut di telefon sepanjang malam.

Menjelang usia 18 TAHUN, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersukaria bersama kawan-kawan.

Ketika berusia 19 TAHUN, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke bilik asrama, kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

Berusia 20 TAHUN, ibu bertanyakan sama ada kita ada teman istimewa, kita kata,"...itu bukan urusan ibu. "

Setelah berusia 21 TAHUN, ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya, kita kata, " Saya tak mahu jadi seperti ibu. "

Apabila berusia 22-23 TAHUN, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita. Di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan... " perabot pilihan ibu aku tak cantik , tak berkenan akuuuu! "

Menjelang usia 24 TAHUN, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai rancangan masa depan, kita menjeling dan merungut, "Ibuuuu,tooooolonglahhh. "
Ketika berusia 25 TAHUN, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memberitahu betapa dia sayangkan kita, tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.

Pada usia 30 TAHUN, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai> panjagaan bayi, kita dengan megah berkata,"...itu dulu, sekarang zaman moden. "

Ketika berusia 40 TAHUN, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kendara di kampung, kita berkata, " Kami sibuk, tak ada masa nak datang."

Apabila berusia 50 TAHUN, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.

Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal! Khabar itu bagaikan petir! Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.

Jika ibu masih ada, sayangilah dia. Jika telah meninggal, ingatlah Kasih dan sayangnya. Sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada seorang ibu.

**Wahai sahabat semua, marilah sama-sama kita selami dan renungkan Mutiara dan permata yang dapat kita kutip dari coretan di atas. Tanpa disedari, inilah perjalanan atau roda kehidupan yang kita alami sebelum, sekarang dan akan datang.Tanpa disangka, telah banyak dosa dan
kesilapan yang telah dilakukan sama ada dalam sedar atau tidak.

Hanya padamu Ya Allah aku memohon keampunan. yang perlu diterima dan ditelan biarpun pahit.

*SAYANGILAH IBU KAMU* ...SEBAB SAYA SYG MAMA & MAK

Thursday, May 27, 2010

Keretaku rosak lagi....

Hari ni aku cuba membaiki kereta aku lagi, panel ekon aku dah patah..lampu panel aku dah pecah. setelah aku siap membaiki kereta aku tu semua dah jalan ngan elok dah tetapi meter aku lak jadi problem tension toi...xpe la esok aku akan cuba wat lagi repair keta aku tuh tgk apa jadi lek nanti. Harap2 xrosak ngan terok la... Xper la aku dah tension dah aku ni..ingt nak tdo la. esok aku cerita lagi apa yang aku leh wat nanti..k adios amigos

Tuesday, May 25, 2010

Keris Hitam Bersepuh Emas


Korang pernah ingat x cerita Keris Hitam Bersepuh Emas ni. Hero dia Eman Manan, Ebby Yus dan ramai lagi...Semalam aku bercerita dengan member² aku pasal cerita pendekar yang pernah menggemparkan Drama Tanah Air kita. So aku search la dalam youtube jupe la cerita ni. Yang xsyoknyer cerita pasal Keris Hitam Bersepuh Emas ni hanya sedikit jer dalam Youtube tu. Aku amat berharap cerita itu dapat ditayangkan oleh TV Tanah Air Kita kerana klu xsilap aku la cerita ini sekali tayang jer dalam TV.

Ada satu lagi cerita yang best dalam cerita Pendekar ni...iaitu Cerita Pendekar Kundur... Itu pon best gak, senasib dengan cerita Keris Hitam Bersepuh Emas yang mana ceritanya hanay ditayangkan sekali sahaja dan terus senyap hingga sekarang. Klu la ada staff TV 1, 2, 3, 7, 9 yang baca artikel ni mintak la korang "suggest"kan kepada penerbit supaya menayangkan kembali cerita ini. Aku yakin dan pasti hits korang akan naik gila² sbb cerita ni sudah terbukti akan kehebatan dan best nye.

Sapa² yang bersetuju atau tidak bersetuju atau ingin menambah cerita yang telah hilang ditelan dek zaman tu sila la tinggalkan komen anda okesh... Adios.

Monday, May 24, 2010

Aktiviti Perah Otak

Ada benda yang orang buat, Tapi dia xguna untuk diri sendiri, Di akan jual benda tu pada orang lain, Orang yang beli tu dia pon xpakai,tapi bagi orang lain pakai, orang pakai dia xleh tgk benda tu, tapi orang lain yang boleh tgk....apa kah bendanya....

jawapan seperti biasa...sila komen untuk memberikan jawapannya...

Teka-Teki di Pagi hari

Hari ini tetiba aku rasa nak menguji semua pemikiran blogger yang datang melawat blog aku ini... Aku hanya igin menguji secara ringkas dan hanya sekadar hiburan dipagi hari ini...
Soalan nyer adalah berbunyi :
1. Mengapa Anjing biasanya apabila berlari dia akan melihat ke belakang ?

2.Dimanakah tempat yang anda akan bertemu Jumaat dahulu baru Khamis?

Jawapan Anda bolehlah ditulis di bahagian komen di bawah ini... Dan jawapan akan diberi nanti...

Sunday, May 23, 2010

Lagenda Ikan Tapah

Korang pernah dengar x tentang keturunan yang tidak boleh makan ikan Tapah...Sebelum ini aku xpernah dengar pon sampai ada ahli keluarga ku yang memberitahu pada aku yang keturunan keluarga aku tidak dibenarkan makan ikan tapah ini.

Aku pelik kenapa ikan yang dicipta oleh Allah yang boleh dimakan menjadi tidak boleh dimakan pula, Namun setelah difikirkan berkali² aku dapat merasakan ini adalah disebabkan kecuaian mulut dan ajaran agama yang kurang dimasa itu menjadi punca segala²nya. Syaitan akan menggunakan apa² jua cara bagi menjahanamkan umat manusia. Dan sekarang ianya menjadi badi dan sumpahan pada umat manusia dimasakini.

Mungkin kalian berkata kenapa tidak sekarang korang makan je ikan tu kan? Tetapi adakah korang boleh tahan dengan dugaan yang bakal dihadapi akibat dari seekor ikan? Banyak ikan lain yang boleh dimakan selain ikan tapah tu. Klu ianya dikatakan hanya sebagai tanda penghargaan dan membalas budi ikan tapah itu menolong keluarga tersebut dan hanya menurut pesan orang² tua aku rasa ok la kot. Tetapi klu korang takut ikan tu punca korang merana hidup aku fikir iskh....xpatut la. Apa² pon aku memegang amanat orang² tua supaya jauhi ikan tapah kerana ikan tu pernah menolong nenek moyang kita dengan izin Allah S.W.T.

Apa² pon korang baca la petikan yang aku dapat tentang Lagenda Ikan Tapah ini, Aku dapat daripada Kisah² sejarah BOTA

SEJARAH KAMPUNG TUA
Sebuah kampung yang terletak di tengah perjalanan diantara Pekan Bota Kanan ke Pekan Baru Kampung Gajah. Jarak antara Pekan Bota Kanan ke Kampung Tua, Batu 16 ialah 8 km dan dari Pekan Baru Kampung Gajah ialah 12km. Kampung Tua merupakan sebuah perkampungan Melayu yang tertua didalam Mukim Lambor Kanan. Ini adalah dipercayai bahawa bermulanya sejarah pembentukan kampung ini oleh Sultan Muzaffar Shah (1). Mempunyai bilangan penduduk seramai 850 orang yang terdiri daripada bangsa Melayu yang menjalankan aktiviti pertanian, bekerja disektor Kerajaan dan Swasta.

Sekembalinya rombongan Pembesar Perak yang diketuai oleh Tun Saban dan Nakhoda Kasim dari Sumatera bersama-sama Duli Yang Maha Mulia Sultan Muzafar Shah Pertama yang dijemput menjadi pemerintah Negeri Perak yang pada ketika itu tiada mempunyai Raja. Didalam perjalanan modek melalui Sungai Perak dari Betin Beras Basah untuk mencari tempat tempat bersemayam, Baginda telah mengenal pasti suatu tempat yang didiamai beberapa keluarga . Baginda telah memberhentikan perjalanan dan mendarat ditebing Sungai Perak dan menamakan tempat tersebut sebagai Kampung Tua.

Lagenda Ikan Tapah ini adalah kepercayaan orang-orang terdahulu yang mana menyatakan bahawa keturunan Pak Kaduk tidak boleh menganiaya, memakan atau mengkianati secara sengaja atau tidak sengaja

Cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam Bin Pandak Demat salah saorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang Ikan Tapah, beliau dilahirkan pada tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usia 90 tahun.

Bermulanya Kisah Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan.

Si Kaduk Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak untuk mencari tempat baru, akhirnya telah sampai ke satu tempat di tepi Sungai Perak bernama Lambor (Menurut cerita mulut Pandak Logam) di Kampung Pulau, Lambor Kiri, di sana Kaduk diterima baik oleh masyarakat kampung dan akhirnya dijodohkan dengan seorang gadis kampung dan menetap beberapa lama di sana (Kampung Pulau Lambor Kiri). Kaduk mempunyai kegemaran menangkap ikan, mencari rotan dan menyabung ayam. Adapun menyabung ayam adalah satu permainan yang amat digemarinya.

Pada suatu hari Kaduk ternampak seekor ular sedang menggonggong sebiji telur ayam dan meletakkannya di atas tanah berhampiran rumahnya, kemudian ular tersebut pun berundur dan menghilangkan diri. Kaduk pun mengambil telur tersebut dan dieramkan oleh ayamnya. Telur tersebut akhirnya menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Biring Si Kunani. Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam Kaduk.

Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung dan akhirnya Kaduk menerima apa juga syarat yang dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam. Pertarungan Ayam Berita kehebatan ayam sabungan Kaduk mendapat perhatian daripada Sultan, lalu baginda mencabar Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh Sultan. Syarat-syaratnya ialah: Ayam Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Sultan yang bernama Si Jalak Putih Mata Pertaruhannya adalah kampung halaman dan isi rumahnya Dan di pihak Sultan pula: Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri jika ayam Sultan kalah. Tanpa berfikir panjang Kaduk menerima syarat-syarat tersebut kerana sudah lama tidak menyabung ayam.

Sebagaimana yang dijangkakan pada peringkat awal, ayam Kaduk yang ditukarkan dengan Sultan telah menang. Kaduk pun bersorak kerana ayamnya menang, tetapi dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Sultan. Setelah pengumuman dibuat baru lah Kaduk sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Sultan. Maka dengan berpegang pada janji dan syarat penyabungan Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak Hajah Hasmah Bt Pandak Logam pemegang amanah Emas Kerongsang Ikan Tapah perempuannya kepada Sultan, hanya yang tinggal pada Kaduk sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana masa Sultan mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada di rumah, kalau tidak semuanya akan menjadi milik Sultan. Kaduk pun berundur ke sebuah pulau (Pulau adalah satu tempat di tepi tebing Sungai Perak dimana orang menanam padi Huma) bersama kucingnya dan tinggal di sebuah dangau. Sambil Kaduk memikirkan masa hadapannya kucing itu datang sambil mengiau-ngiau dan mengigit kaki kaduk seakan memberitahu sesuatu, puas juga dihalau kucing tersebut tetap juga begitu. Kaduk pun mengikut kucing tersebut ke tepi tebing sungai, apa yang didapatinya ialah seekor ikan tapah yang besar, Kaduk pun berlari ke dangau dan mengambil mata tuai yang terselit di celah atap lalu dibelahnya perut ikan tapah tersebut dan keluarlah emas dengan banyaknya. Kaduk bersyukur dan beranggapan itu adalah rezeki daripada Tuhan.

Maka Kaduk pun menjahit perut ikan Tapah tersebut dengan menggunakan jarum patah dan berbenangkan urat batang pisang lalu melepaskan ikan itu semula ke dalam sungai. Semasa inilah Kaduk melafazkan sumpahnya yang berbunyi: Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya. Ikan Tapah itu terus menyelam dan timbul sekali seolah mengucap selamat tinggal dan kemudiannya hilang ke dalam air.

Kaduk pun pergilah mengadap Sultan dan menebus kampung halamannya dan anak isterinya, dan bakinya sebahagian disimpan untuk menyara hidupnya dan sebahagian lagi dibawa ke Kampar untuk dijadikan barangan perhiasan, kerana di zaman itu tukang emas hanya berada di Kampar Sumatera sahaja. Kepada anak cucu Kaduk, sebagaimana disebut dalam sumpahannya dan telah terkena penyakit yang disebutkan kerana memakan, mengkhianat secara sengaja atau tidak sengaja, terkena air-air dari Ikan Tapah maka ubatnya ialah dengan menyapu atau meminum air yang direndam Kerongsang Emas Tapah sebagai penawar bisa sumpahan tersebut. Adalah difahamkan bahawa ada keturunan Kaduk yang tidak boleh melintasi asap masakan isteri jika yang dimasak itu adalah ikan Tapah. Setelah segala nya selesai Kaduk tidak menyabung lagi dan hiduplah Kaduk dalam aman damai dan sentiasa mensyukuri rezeki yang diberikan Allah serta melakukan amal ibadah dengan taatnya sehingga berlaku perkara-perkara luar biasa. Diantaranya Sultan Perak melantik Kaduk menjadi Orang Besar Jajahan yang membawa gelaran Tok Tua Sakti yang mana tugasnya memberi nasihat dan tujuk ajar kepada Datok Bendahara Garang mengenai selok belok tempat di Aceh dalam usaha membawa pulang Puteri Limau Purut dari Istana Aceh sebagaimana dalam kisah Megat Terawis Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki emas Ikan Tapah yang masih ada, ianya berbentuk Empat Segi Iris Wajik digunakan sebagai Keronsang baju wanita. Jumlah yang ada sekarang ialah sebanyak tiga keping dan ini lah digunakan sebagai penawar kepada cucu atau keturunan Kaduk jika terkena bisa Ikan tapah. Sekarang Emas Kerongsang Ikan Tapah di jaga oleh salah seorang keturunan Pak Kaduk yang bernama Hajah Hasmah Binti Pandak Logam yang kini tinggal di Kampung Tua, Batu 16, Lambor Kanan.

Rumah Tertua
Rumah ini terletak di Kampung Tua, Batu 16. Lambor Kanan dan telah dibina pada tahun 1897 oleh Tuan Haji Mohd Said. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1971 ketika berumur 120 tahun. Terletak di tepi tebing Sungai Perak di Kampung Tua Batu 16 Lambor Kanan. Rumah ini sekarang diduduki oleh anak Mohd Said yang bernama Zulaika binti Mohamad Said. Pada peringkat permulaan pembinaan rumah ini, semua kayu digunakan daripada jenis Cengal Emas yang mana setiap tiang, dinding, tingkap dan semua nya dipotong dan dibentuk dengan menggunakan peralatan seperti beliung, kapak dan gergaji.

Friday, May 21, 2010

Himpunan Kesilapan & Ketidaksempurnaan Dalam Ibadat

Ni adalah Ceramah daripada Ust Ismail Kamus.

Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau:

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang
berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri ersebut..kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut…hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh) .

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung
dengar… kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb…buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung dengar…rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat bala…Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah..tak payah lama2…sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca ! ni, please advise..

4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..

5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk
niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham sahaja.. pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri…Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..! Jadi kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan..

6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan syakirin".. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah…ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: "Hamdal-hamidin" , "Hamdaz-zakirin" dan "Hamdasy-syakirin" . (p/s: huruf z adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah..terdapat ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.

Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk tahiyat akhir..itu pun tak sah juga solatnya..berjaga2. ....jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke rumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah..jangan mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..

9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat..tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba'diah la, ape la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2 sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R ramai orang camni..

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan..contohny a jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit tu utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..

11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba'diah, tiba2 ada tetamu datang..tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi layan tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan jika dah tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat asar.. walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada solat ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..

Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..

Tuesday, May 18, 2010

WASIAT JAGA LEMBU...


Sebelum nih aku telah diwasiatkan untuk jaga lembu nih dari seorang kenalan rapat aku yang sudi mengaja aku men blog aku iaitu si c-ken yang telah tag aku, terima kasih la kerana sudi memberi peluang pada aku untuk dikenali oleh kekawan ko dan mewasiat aku seekor lembu untuk dijaga.
Memandangkan aku ni seorang yang sibuk dengan men blog dan keje-keje aku diopis dan juga dengan men bola FIFA 09,Pingpong dan jaga anak aku selama keluarga mak nya sembuh seperti biasa akibat dari masalah kesihatan aku nak mewarisi lah kepada 5 ahli bloggers si lembu aku ni:
1.)Si Salju Humairah - Sifu aku sekarang untuk menaikkan aku punya blog. Idea cukup bernas. Cuma aku je xsempat nak buat lagi, maklum lah aku ni kan sibuk hehehe.
2.)Al-TukeTaip - Seorang blogger yang cukup aku kenali dan rapat dengan aku, sayang dia kurang aktif dengan blognya hahaha. Jgn marah ar tuke taip...nanti kena jual mesin taip.
3.)SeriBahasa - sambil mengilhamkan bahasa² lama dan gurindam indah, jaga la lembu ni sama ye seri...
4.)Mashimoro - aku memilih dia sbb ketika aku wat entry nih dia yang last tingai kan shout msg pada aku...so aku memilih dia sebagai pewaris lembu aku yang diturunkan oleh kawan aku tadi.
5.)Ben Ashaari - Seorang Blogger yang aku kenal melalui saljuhumairah...aku masukkan sekali sebagai pewaris aku hahaha...kan dah kena, walaupun dia xkenal aku ni, tetapi aku kenal dia kekeke dari jauh..maaf la en ben sbb kena jaga lembu nih..terima la sekadar hiburan di waktu petang hahaha..

So kepada yang terpilih untuk menjaga lembu beta ni, sila jaga lelok tau. Kepada yang xterpilih tu xper nanti korang ada peluang lagi...Byk lagi haiwan yang aku nak let go nih.. K la selamat petang dan selamat berhibur

Daripada Khairil_157
MYSAT

Kebencian dan Pisang

Disini aku ada sedikit cerita yang mungkin boleh menginsafkan kekawan semua.Aku ambil petikan ni daripada Website "Malaysian Satria Club @ a.k.a MYSAT" sesiapa yang mempunyai kereta satria boleh la join club, just click kat link tu atau hubungi jer terus aku pon boleh (Khas untuk mereka yang berada di Kelantan)... ni klu nak la kan...Kisah ni bertajuk "Kebencian dan Pisang". Marilah kira renungkan bersama dan menginsafi diri kita sendiri.Layanzzzzzzz....

""Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.

Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.


Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci…!""

Khairil_157
MYSAT

Sunday, May 16, 2010

Kalah Bola

korang pernah dengar tak game bola fifa 09...sekarang ni aku asyik main bola online ar nih dengan member² aku bila xder keje. Ada keje wat keje dulu. Tapi sekarang ni yang frust nya aku asyik kalah la ngan diorang.
Kalau sikit-sikit xper la jugak sekarang ni aku kena 7-0, 5-0 tu biasa la. Aku sekarang ni dah naik "fedup" la bila tgk game ni. Aku dah malas dah nak main dah. Asyik kalah dengan teruk je.
Aku masukkan dalam blog ni pon sebab nak hilangkan tension aku, mana tahan nak simpan dalam hati ni. klu aku simpan pon kang melutup susah nanti.Apa² pon aku sekadar ingin berkongsi kesedihan aku kalah men bola nih dengan korang semua huarghhhh...
daripada
Khairil_157

Saturday, May 15, 2010

M'sia Tumbang Lagi di Tangan China

Assalamualaikum semua...Hari ini kita telah dikejutkan lagi dengan berita piala Thomas dimana malaysia diganyang secukupnya oleh China dengan 3-0. LinDan bertemu Datuk Lee Chong Wei adalah merupakan sebuah pertarungan menarik bagi saya walaupun nampak Datuk Lee Chong Wei agak sedikit lembut didalam permainan. Saya yakin Datuk telah memberikan segala yang terbaik dalam pertarungan Piala Thomas ini.
Kepada semua squad malaysia, saya berharap akan terus berlatih dan jangan berputus asa dengan kekalahan seperti ini. Anggaplah dia sebagai satu pengalaman dan pengajaran dan gunalah dia untuk mengubah diri sendiri sehingga berjaya. Jangan terlalu senang dengan apa yang ada dan hendaklah berusaha dari semasa ke semasa.
Bagi pemain yang agak panas baran, kita kena terima apa yang penonton katakan dan ambillah ia sebagai teladan dan pembakar semangat kita. Klu rasa tekanan seperti itu pon tidak dapat ditangani dengan baik maka sebenarnya kita sebenarnya tidak mempunyai kekuatan mental yang cemerlang. Ubahlah demi sesuatu yang lebih baik...
Wassalam...
Khairil_157

Friday, May 14, 2010

15 raHsia sEnyUm & taWa-

Dewasa ini di Malaysia kita sudah kekurangan adab bila bertegur sapa atau berjumpa dengan orang lain yang tidak kenali. Kita kebanyakannya telah terlalu banyak dan taksub dengan budaya Barat. Ternyata barat telah berjaya untuk menjajah kembali sekali lagi negara kita dengan menjajah jiwa kita selaku orang melayu. Ada pernah kah pagi² kita senyum pada jiran kita sebelum ini. Mungkin ada tetapi tidak kerap. Kita banyak mengejar dunia daripada hidup bermasyarakat yang juga merupakan salah satu jihad kecil kita sebagai seorang islam. Mungkin selepas ini kita akan mengubah fikiran kita kepada suka senyum setelah anda semua membacakan 15 fakta menarik ini tentang senyuman :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk joging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan di sebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, artritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrien dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". Jadi keng kawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekadar nya sahaja ok.

* Sumber - majalah MIDI edisi Mei 2006

ptt Laaa akUu sUker sEnyUmm... :D :D :D
heheheheheheee....

Daripada:
khairil_157
YM & E-mail : khairil_157@yahoo.com

Wednesday, May 5, 2010

Garis Panduan Mengenai Pengubahsuaian Kenderaan Persendirian

Mungkin ramai yang suka dengan modified kereta ni kan? Tapi adakah anda yakin dengan pengubahsuaian anda itu mendapat kelulusan JPJ atau tidak. Ini ada sedikit info dari www.mysatriaclub.com tentang Pengubahsuaian Kenderaan Anda. Sila pasrikan kenderaan anda menepati ciri-ciri yang termaktub dalam syarat JPJ.

Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menetapkan keperluan undang-undang mengenai sebarang pengubahsuaian kepada kenderaan sebelum dan selepas pendaftarannya iaitu :

Pemeriksaan Kenderaan-kenderaan Motor dan pemberian maklumat kepada Ketua Pengarah

1.Ketua Pengarah atau seseorang Pengarah boleh pada bila-bila masa sebelum pendaftaran sesuatu kenderaan motor menghendaki supaya kenderaan motor itu dibawa ke mana-mana tempat yang sesuai yang dinyatakan olehnya dan diperiksa dan , jika perlu , ditimbang dan diukur dan selepas didaftarkan boleh pada bila-bila masa menghendaki supaya kenderaan motor itu dibawa seperti yang tersebut dahulu jika dia mempunyai sebab bagi mempercayai
(1)bahawa kenderaan motor itu tidak mematuhi kehendak-kehendak Akta ini;
(2)bahawa apa-apa maklumat yang diberikan kepadanya berkenaan dengan kenderaan motor itu adalah palsu , tidak betul atau mengelirukan;
(3)bahawa kenderaan motor itu tidak berada dalam keadaan boleh guna ; atau
(4)bahawa berat , dimensi , ciri-ciri, pembinaan,warna, butir butir pengenalan atau tempat duduk telah diubah selepas pendaftarannya.


2.Pemunya berdaftar sesuatu kenderaan hendaklah dengan serta merta memberitahu Pengarah secara bertulis akan apa-apa hal keadan atau kejadian yang menyentuh ketepatan apa-apa catatan dalam daftar berhubungan dengan kenderaan motor dan hendaklah pada masa yang sama menyampaikan atau menyerahkan


3.Pemunya berdaftar sesuatu kenderaan motor hendaklah apabila dikehendaki oleh Pengarah berbaut demikian :-
(1)dengan serta merta memberikan kepada Pengarah segala maklumat yang diperlukan bagi maksud menentusahkan catatan-catatan berhubungan dengan kenderaan motor itu di dalam daftar; dan
(2)dengan serta-merta mengemukakan atau menyerahkan kepada Pengarah akan perakuan pendaftaran berhubung dengan kenderaan motor itu


4.Selepas sesuatu kenderaan motor diperiksa , ditimbang atau diukur dibawah subseksyen (1), atau setelah menerima apa-apa maklumat atau bukti yang diberi berkenaan dengan sesuatu kenderaan motor di bawah subseksyen (2) atau (3) , Pengarah boleh membuat apa-apa pindaan di dalam daftar dan perakuan pendaftaran berhubungan dengan kenderaan motor itu sebagaimana yang difikirkannya perlu, dan hendaklah mengembalikan perakuan pendaftaran itu kepada pemunya berdaftar


5.Mana-mana orang yang tanpa sebab munasabah gagal mematuhi apa-apa kehendak Ketua Pengarah atau seorang Pengarah di bawah subseksyen (1) atau di bawah subsekyen (2) atau (3) adalah melakukan kesalahan.


Pengubahsuaian kecil atau pemasangan alat kelengkapan tambahan yang dibenarkan tanpa perlu mendapat kebenaran JPJ

Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah JPJ, terutamanya pengubahsuaian atau pemasangan yang tidak memberi kesan kepada ciri-ciri, kestabilan dan keselamatan kenderaan berkenaan seperti:-

1.Pemasangan air spoiler di bahagian hadapan dan belakang.
2.Pemasangan side skirt, aerofoil dan door visor pada kereta.
3.Pemasangan protecting guards pada bahagian hadapan dan belakang kereta.
4.Pengubahsuaian kecil pada radiator grilles, bonet atau bentuk serta rekabentuk lampu-lampu.
5.Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan bumper besar (sama ada jenis keluli atau fibreglass) pada bahagian hadapan dan belakang.
6.Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
7.Pemasangan para bumbung.
8.Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu penunjuk arah (berwarna amber).
9.Pemasangan spot light atau lampu halogen (kedua-duanya berwarna putih dan kuning) pada bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada lampu yang sedia ada.
10.Pemasangan pengadang angin, penutup lampu fibreglass dan penutup enjin fibreglass pada bahagian hadapan motosikal di mana aksesori-aksesori ini tidak terkeluar dari hujung pemegang motosikal.


Nota:
Senarai yang telah dinyatakan di atas akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Walau bagaimanapun, pengubahsuaian kecil dan pemasangan aksesori-aksesori ini hendaklah memenuhi semua keperluan perundangan sebagaimana dinyatakan di dalam Motor Vehicles (Construction and Use) Rules 1959 atau Motor Vehicles (Construction, Equipment and Use) Rules 1988.


Contohnya:-
1.Sekiranya air spoiler, aerofoil atau side skirt dipasang, ianya tidak boleh melebihi 150mm diukur dari bahagian luar tayar belakang.





2.Sekiranya door visor dipasang, ianya tidak boleh melebihi 100mm lebar dan tinggi



3.Sekiranya rim atau tayar lebar digunakan, ianya mesti ditutup sepenuhnya dengan mudguards atau mudflaps.

4.Sekiranya protecting guards dipasang, ianya tidak boleh menutupi lampu-lampu kenderaan. Tidak dibenarkan bucu-bucu tajam atau bahagian yang terjulur keluar melebihi 100mm. Di samping itu lebar keseluruhan tidak boleh melebihi lebar kereta yang asal.



5.Sekiranya tambahan bumper besar atau protecting guards dipasang, lebihan bahagian hadapan dan belakang tidak boleh melebihi 50% dari bes roda kenderaan.
6.Jarak headlamps dan lampu isyarat tidak boleh melebihi 300mm dan 400mm masing-masing diukur dari badan yang terlebar selepas pengubahsuaian.
7.Sekiranya para bumbung dipasang, ianya tidak boleh melebihi panjang bumbung, atau lebar kenderaan atau ketinggian 400mm diukur dari bahagian teratas para bumbung.


Pemasangan alat kelengkapan tambahan yang tidak dibenarkan

1.Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
2.Pemasangan lampu berwarna biru, ungu atau hijau.
3.Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
4.Pemasangan spot light di bahagian belakang kereta.
5.Pemasangan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna pada cermin hadapan, cermin belakang dan cermin tepi di mana kadar ketelusan cahaya kurang dari 70%.

Nota: Walau bagaimanapun, penggunaan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna di bahagian atas cermin hadapan sebanyak 20% dari lebarnya dan di cermin tingkap sukuan boleh dibenarkan.Senarai di atas boleh diubah dari masa ke semasa


Jenis jenis pengubahsuaian yang perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada JPJ

Jika pengubahsuaian dan pemasangan alat kelengkapan tambahan boleh mengakibatkan perubahan besar kepada rupa bentuk, ukuran, kestabilan dan keselamatan serta ciri-ciri asal kenderaan motor tersebut, kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu dari pihak JPJ. Contohnya:-

1.Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor.
2.Pengubahan ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan.
3.Pengubahan dari kereta saloon kepada kereta convertible.
4.Pengubahan ke atas sistem bahanapi.
5.Pengubahan ke atas sistem brek.
6.Pengubahan ke atas sistem steering.
7.Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
8.Penggunaan badan fibreglass bagi menggantikan badan keluli.
9.Penukaran enjin.
10.Pemasangan Sunroof di atas bumbung

Untuk pengubahsuaian di atas atau yang sama dengannya, permohonan hendaklah dikemukakan kepada:-

Pengarah,
Bahagian Kejuruteraan Automotif,
Jabatan Pengangkutan Jalan,
Aras 2, Blok D4, Kompleks ,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62620 Putrajaya

Perkara-perkara yang perlu disertakan bersama permohonan, antaranya ialah:-

1.Pelan lukisan yang lengkap yang menunjukkan dengan terperinci tentang ubahsuaian yang dibuat termasuk ukurannya dan langkah-langkah yang diikuti.
Spesifikasi teknikal berkaitan dengan pengubahan.
2.Di mana perlu sijil atau surat pengesahan daripada Jurutera Profesional (Kejuruteraan Jentera/Automobil) yang menyatakan dan mengesahkan bahawa rekabentuk dan pengubahsuaian yang akan dilakukan ke atas kenderaan adalah stabil dan selamat digunakan.
3.Butir-butir berkaitan dengan kenderaan yang hendak diubahsuai.

Sebarang pengubahsuaian yang boleh menjejaskan kestabilan kenderaan atau yang akan menyebabkan kenderaan merbahaya apabila digunakan di jalanraya tidak akan dibenarkan.

Terima Kasih kepada info dari Forum MYSAT. Selamat membaca dan selamat beramal.



Khairil_157

Tuesday, May 4, 2010

Pameran Art & Design Di UiTM Machang

05/04/2010 ::: Aku dan team USMT aku ari ni kena bertugas di semua bilik pensyarah menjalankan Operasi Kapersky secara besar-besaran. Sebenarnya projek ni telah berjalan selama 2 hari dah pon cuma aku jer xsempat nak menulis apa-apa yang patut dan tambahan pula aku berada diluar kawasan internet. So xleh ar nak menulis apa-apa aktiviti aku. Yang the latest gambar aku masukkan sebelum ni adalah gambar anak aku Nur Aliah Aisyah di Tesco dan Aliah Aisyah pakai spek Ray-Ban pakteh nye... Apa yang aku nak ceritakan ari ni adalah tentang Pameran Art & Design yang berlangsung di Block D.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Ni adalah gambar public phone kat UK.Amacam cantik x?

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Shisha terbesar di Machang

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Gambar ni menerangkan tentang bahayanya shisha sampai boleh menjadikan kita sebagai tengkorak. Katanya lagi "shisha ni lagi bahaya dari rokok encik,sbb dia ada perisa dan tembakaunya tiada filter.Hanya air jer jadi filter dia...".
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



Ni gambar en aiman tgh berposing-posing

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Itulah cerita setakat hari ni yang boleh aku ceritakan untuk apa yang berlaku. Korang layan ar sendiri gambar-gambar diatas ek..Adios dan Assalamualaikum.
p/s:Chikaroo kalah men bola ngan geng AD hahaha..3 kali lak tu..



Khairil_157
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...