Followers

Saturday, May 29, 2010

The Guardian "Compelling And Heroic"

Ari ni aku baru jer lepas layan cerita The Guardian yang dibintangi oleh Kevin Costner dan Ashton Kutcher. Best giler layan citer mcm nih. Selain dari jalan cerita yang menarik, aku juga nampak bagaimana gigih dan kuatnyer semangat yang ditampilkan oleh Guardian sebenar di seluruh dunia. Misi yang sama dimana cuba untuk menyelamatkan nyawa seramai yang mungkin.
Aku xtau bagaimana dan samada ada atau tidak Penyelamat seperti mereka ini di Malaysia, yang pasti pasukan penyelamat seperti ini khasnya bomba dan seangkatan dengannya pasti merasai apa yang dilalui oleh Kevin Costner yang membawa watak Cif Ben Randall yang gagal menyelamat 22 orang yang lemas selepas helicopternya terhempas & hanya di sahaja yang terselamat menjadi igauan ngeri kepada beliau. Beliau seterusnya menjadi trainer Coast Guard Rescue Swimmers School dan menggunakan tekniknya yang tersendiri bagi mengelakkan daripada ramai yang mati ketika menjalankan tugas menyelamat.
Dalam ramai-ramai Recruit, Jake Fisher yang dilakonkan oleh Ashton Kutcher merupakan seorang yang berbakat dalam menyelamat. Ada banyak kisah yang berlaku dimana misi menyelamat sebuah kapal nelayan yang mengakibatkan Jake terperangkap dan Ben yang sudah bersara secara tidak sengaja kembali ke Laut untuk menyelamatkan Jake telah jatuh dan mati ketika misi untuk menyelamatkan Jake. Beliau tepaksa mengorbankan diri demi menyelamatkan Jake kerana kabel penyelamat hampir putus dan tidak mampu untuk menampung 2 orang dalam satu masa.
Begitulah sinopsis cerita yang aku mampu huraiankan di saat ini. Aku masih teringat pertanyaan Jake kepada Ben sekiranya perlu untuk membuat keputusan dalam menyelamat, bagaimana Ben akan putuskan? Ben menjawab "Tgk pada keadaan, pada masa sekarang, aku menyelamat yang paling dekat dengan aku, seterusnya yang cedera dan lemah, kemudian barulah yang lain-lain, diri aku adalah yang paling terakhir". Begitulah aku rasa apa pasukan penyelamat fikirkan setiap kali dalam Misi. Diri sendiri adalah yang terakhir.
Terima Kasih Anggota Penyelamat Negara....

Daripada :
Khairil_157 (KaiShu_HaiKaL)
MYSAT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...