Hari ini aku terkejut melihat Journal Mentor 4 Si ZZ dengan M. Apa tidaknya, Si Z bagitau pada Malaysia, klu nak jadi penyanyi tidak boleh malu... Memang patut malu pon M apabila disuruh pegang pipi pompuan yang nyanyi dengan dia tu. ZZ tidak boleh ar buat mcm tu even itu dikatakan sebagai profesional. Profesional kita sebagai seorang Islam harus dijaga juga. Sudah la aurat tidak dijaga, disuruh pula bersentuhan antara lelaki dan wanita.
Tidak boleh begitu saya rasa kerana kita sebagai seorang yang profesional juga harus menghormati kehendak dan kebebasan orang lain. Pernah dinyatakan oleh seorang artis terkenal bahawa artis sebenarnya tidak boleh dijadikan sebagai idola...ramai yang marah dengan kenyataan itu. Tetapi hari ini telah terbukti sekali lagi bahawa artis memang jelas tidak boleh dijadikan sebagai idola. Kerana apa, kerana dia dengan sewenang-wenangnya telah menghalalkan cara yang terbukti haram disisi agama.
Mungkin dia akan menyatakan penulis ini adakah dia benar-benar mengikut islam sehingga boleh memberi pendapat itu betul dan ini salah...Memang benar saya bukan lah seorang yang alim tentang agama malah bukan sempurna pun hidup ini. Namun apabila ianya boleh ditegur maka ianya wajib ditegur. Bukan untuk menyalahkan sesiapa tetapi untuk membaiki apa yang salah. Saya rasa ianya tidak salah jika menegur, kerana ZZ sebagai mentor juga menegur M jika M buat salah. Pendapat saya ZZ perlu berubah sedikit pendekatan dan meletakkan islam diatas kehidupan kita. Dalam meletakkan hukum saya tidak tahu menyanyi berada dimana, yang pasti menyanyi adalah haram sekiranya ia boleh melalaikan diri @ orang lain. Bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita jelas haram disisi Islam melainkan suami isteri atau dimasa keadaan-keadaan tertentu. So ZZ, beringat la sebelum melakukan sesuatu...
Daripada :
Khairil_157 MYSAT
suami dia tak marah or jeles ke :-)
ReplyDeletentah la aril... diorang ok lakot klu dah leh wat mcm tu...jaga adab nih bg diorang xmoden la kot.. xomputih hahaha
ReplyDeletehaha,,,betul tu...ni kira moden la ek..xdayus ke suami tgk mcm tu je..sedeynya...
ReplyDeleteitu la dunia artis...aku respek kat yuna, ari tuh lepas persembahan dia tingai terus stages, xsempat nak temuramah..semua wartawan bising ar..dia ckp klu tungu temuramah xsempat la dia solat mahgrib..semua terkedu kejap..hahaha bes betui.
ReplyDelete