Followers

Thursday, January 17, 2013

Listen, Let me speak....

Asslamualaikum...

Hari ni sebelum penulis bertolak ke Perak, penulis nak memberikan pendapat penulis dalam hal video mahasiswi Listen,Let Me speak @ Listen! Listen! Listen!.... Harap pembaca menerima secara terbuka pendapat saya ini kerana saya juga seorang mahasiswa. Saya juga berhak untuk bercakap. Namun walaupun saya seorang penyokong kerajaan namun saya juga seorang yang suka berkawan dengan penyokong Pakatan Rakyat (PR).

Namun apa yang saya ingin dirungkaikan disini Mahasiswi yang berkata tadi adalah tidak benar. Kenapa? Apa yang ingin dibangkitkan oleh Mahasiswi tersebut adalah :

1.) Pendidikan percuma
Erm.. membandingkan Malaysia dengan negara luar adalah tidak patut sama sekali dan menuntut hak belajar secara percuma adalah mengundang padah bagi anak² Malaysia... Kerana 90% dari seluruh Mahasiswa Universiti meminjam daripada PTPTN. Hutang wajib dibayar walau tidak dituntut... Jadi jangan korang anggap yang dengan menggulingkan kerajaan sekarang hutang korang akan dilupuskan begitu sahaja. Pelajaran amat penting bukan hanya untuk kita tetapi untuk anak² kita, cucu² kita yang mana suatu masa nnt kita mengharapkan bantuan PTPTN seperti ini atau scholarship yang lain bagi membantu mereka mendapat ilmu pengetahuan. 

Klu betul ko mempunyai idea yang bernas dalam mengendalikan duit negara, ko buat dulu income buat fakulti dan universiti then we allow you to speak Miss... Andai ko masih meminta duit dari elaun PAMA so jangan nak bercerita tentang duit negara sebab ko sendiri pown xmampu untuk mengurus kewangan sendiri. Apa yang dikatakan oleh "her lecturer" is correct... setuju sangat-sangat... Xpuas hati dengan pentadbiran Malaysia then go outsider and proof to us that we are wrong. 

2.) Ambiga pencetus "Anarkisme Malaysia"??
Apa itu anarki? 
Menurut http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/1386/Adab-berpolitik-dan-bukan-politik-biadab "Anarkisme berakar umbikan perkataan "anarkis" dan membawa maksud "keadaan tidak ada atau tidak berasaskan undang-undang (keterlibatan umum atau pemerintahan yang teratur)"; dan, kekacauan atau porak peranda (dalam negeri dan lain-lain)." Anarkisme pula membawa maksud "fahaman (pendirian) bahawa segala bentuk kerajaan atau pemerintahan bersifat menindas dan wajar dimansuhkan, penolakan segala bentuk kekuasaan atau kawalan paksaan."

Penulis setuju untuk perkara ini kerana banyak perhimpunan telah dibuat sepanjang nama beliau naik pada tahun lepas, malah LGBT juga dia mendesak supaya ianya diiktiraf... Apa benda ini... ??  klu fahaman kerajaan menindas, aku sokong untuk di tindas kerana LGBT, perhimpunan yang boleh membawa kekacauan dan melampau itu lagi teruk... Melawan kepada kehendak agama, merosakkan masyarakat. Bila demo diadakan, mereka tidak turun padang rasanya, mereka hanya bersuara untuk mencetus Anarkisme Malaysia...

3.) Ini ramai daripada pandangan FB menyatakan pelik... YDP tidak menyokong suara mahasiswa tersebut...
Memang la.. penulis pown xbersetuju dan menyokong kata-kata lecturer tersebut... ramai yang menyatakan lecturer tu tidak menjawab soalan. 1st aku nak tanya, korang tidak pernah bercakap menggunakan bahasa kias ker? Penulis yang tidak berapa pandai pown faham dengan apa yang cuba ingin disampaikan oleh Sharifah, lecturer UUM tu... walaupun agak kasar sedikit la...Namun kiasan ini memberi segala jawapan kepada MAHASISWI tersebut...xpuas hati dengan jawapan ini... sila pergi kesini :~> https://www.facebook.com/ILOVETUNM/posts/437328083005674 dan buat perbandingan sendiri... selidik sendiri dan buat andaian sendiri kerana anda bebas untuk bersuara...

Tak puas hati dengan post ini jangan marahkan penulis kerana ini pendapat penulis, anda boleh comment disini namun adalah hak penulis untuk menilai akan comment anda dan berhak untuk men"deleted" sekiranya penulis merasakan ianya melampau dan tidak patut disiarkan. Dan segala artikel ini tidak boleh dibawa ke mahkamah sebagai apa-apa bentuk bukti.

Terima Kasih...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...