Followers

Thursday, April 22, 2010

22/04/2010-Wood Cut Printing....Naga Tasik Chini Mitos Atau Realiti

Ari ni seharian aku melepak dekat dewan. Ye la kan kepala masih sakit sikit-sikit akibat kesan demam yang dah 2 minggu melarat masih xilang-ilang lagi. Dah tu pulak aku asyik kalah jerk men bola ngan si botak sulong ngan si midi besi. Bengang toi... Klu kalah sikit-sikit xpe la jugak. ni kalah mcm org xbiasa men bola nih bengang la aku. Klu dah kena sampai 5-6 Gol ni dah sampai tahap xleh nak terima akai dah ni.

On the aku nak balik aku tgk si Ucop, Rambo ngan Hawari tgh dok lepak kat luar dari opis si botak. Aku ingt diorang wat pe rupanya keje si Ucop dah nak hampir siap dah...aku apa lagi memandangkan ada camera dengan aku maka aku pon amik la gambar mereka bertiga nih. Gambar kat bawah ni gambar si Ucop (Pembuat lukisan), Rambo dan Hawari si penjahat AD...kekeke...jgn marah ar Rambo,Hawari...

:::::::::::::::::::::::::::::::::




Ucop(Baju Kuning),Hawari(Baju Putih) & Rambo kat tengah2 tu...


:::::::::::::::::::::::::::::::::


Haa...korang tau x cerita Naga Tasik Chini...meh aku cerita sikit pasai naga Tasik Chini nih...naga tasik chini ni juga dikenali sebagai naga seri gumum,seri pekan .. kemunculan naga ini telah diakui oleh kumpulan orang asli jakun yang mana telah menetap di kawasan tasik chini tu setelah sekian lama..

malah ada juga yang mengatakan naga tasik cini ni mampu bertukar2.. jadik naga pun boleh.. jadik ular pun boleh.. nak jadik buaya pun boleh..nak jadi orang pon boleh... wah sungguh berbakat naga tasik chini ni kan?

namun ada jugak bunyi dari mulut orang melayu kita yang mana mengatakan...lagenda naga tasik chini ni hanyalah sebuah cerita dongeng yang direka-reka oleh masyarakat orang asli ni yang mana cuba untuk menakutkan anak-anak mereka dari mendekati tasik tersebut kerana mampu membuat anak mereka lemas...erm logik kan?

Jikalau orang mengatakan naga itu tidak wujud dan mengarut... mengapa lagenda dan rupa naga kita percaya hingga ke hari ini wujud?...yang mana lazimnya mereka bertubuh panjang seperti ular,,, badan yang menggerutu dan bersisik.. kepala seperti ular dan bersayap...mengapa?

Ada satu lagi cerita tentang dongeng Naga Tasik Chini nih...Klu korang rajin korang baca.. klu x, xyah la baca..wat penat jer korang....

""Berdasarkan cerita rakyat, seekor naga besar dikenali Naga Seri Gumum, dikatakan menghuni Tasik Chini dan kisah itu turut dipaparkan pada papan tanda besar yang diletakkan di Tasik Chini Resort untuk dibaca pelancong yang datang ke situ.Menurut cerita orang tua-tua, satu ketika dahulu, sekumpulan Orang Asli suku Jakun datang ke kawasan hutan tebal, lalu meneroka dan membuka tanah di situ untuk bercucuk tanam. Pada satu hari, ketika kumpulan Orang Asli itu berkumpul untuk bercucuk tanam, tiba-tiba muncul seorang wanita bertongkat dan memberitahu, tempat berkenaan adalah miliknya dan mereka perlu meminta izin sebelum menerokanya.Bagaimanapun, wanita itu akhirnya mengizinkan mereka membersihkan kawasan itu selepas Tok Batin meminta maaf dan bagi menguatkan tuntutannya, wanita berkenaan mencacakkan tongkatnya di tengah kawasan yang diteroka itu sambil memberi amaran supaya tidak mencabutnya sebelum dia menghilangkan diri. Kumpulan itu terus bercucuk tanam sehingga tiba-tiba mereka diganggu salakan anjing di pinggir kawasan dibersihkan. Seorang daripada mereka mengambil keputusan mencari puncanya dan terkejut mendapati ia sebatang kayu hitam besar yang lapuk.Dia membaling tugalnya (kayu tajam untuk membuat lubang tanaman) ke arah batang kayu itu dan terperanjat apabila darah memancut keluar daripada kayu hitam berkenaan. Dengan gementar dia terus berlari dan menceritakan hal ganjil itu kepada rakannya, tetapi mereka tidak mempercayainya.Ketika itu juga awan hitam menyelubungi angkasa, diikuti guruh dan kilat sebelum hujan lebat. Kumpulan Orang Asli itu berpecah sambil bertempiaran lari mencari perlindungan dan dalam keadaan kelam kabut, seorang daripada mereka mencabut kayu dicacakkan wanita tadi. Ketika itu serta merta air memancut keluar daripada lubang itu, bumi mula bergegar dan membenamkan kawasan yang dibersihkan tadi dan takungan air hujan itu menjadi sebuah tasik dikenali sebagai Tasik Chini. Dongeng orang tempatan mengatakan kayu itu adalah jelmaan seekor naga dikenali sebagai Naga Sri Gumum dan kawasan alur yang terdapat di sekitarnya adalah kesan laluan Orang Asli dahulu ketika menyelamatkan diri. Cerita lagenda itu menjadi buah mulut daripada dahulu hingga sekarang walaupun Tasik Chini seluas 12,565 hektar termasuk kawasan hutan sekitarnya sudah melalui proses pembangunan sehingga menjadi tempat rekreasi yang menarik. Kawasan Tasik Chini mempunyai 12 laut mengelilinginya iaitu Laut Gumum, Pulau Balai, Chenahan, Tanjung Jerangkung, Genting Teratai, Mempitih, Kenawar, Serodong, Melai, Batu Busuk, Labuh dan Jemberau.

Satu lagi lagenda Tasik Chini adalah kota purba Khmer (Thai-Kampuchea) yang tenggelam di situ. Misteri ini mungkin akan diperjelaskan tidak lama lagi setelah penemuan beberapa artifak yang seakan-akan buatan Khmer purba, serta kemungkinan tapak asas binaan di dasar Tasik Chini ketika penyelidikan dijalankan baru-baru ini. Ramai juga membuat spekulasi mengenai pokok teratai di situ, kerana teratai adalah sebahagian unsur kebudayaan purba di Asia Tenggara yang didominasi agama Hindu serta Buddha - tambahan pula di lain-lain tasik di seluruh Malaysia, tiada teratai yang tumbuh secara semula jadi. Ada yang berpendapat teratai Tasik Chini tumbuh meliar lanjutan teratai yang dahulunya disemai oleh penghuni kota Tasik Chini yang tenggelam.""


namun.. apa yang aku pasti... haiwan naga ni lazimnya terkenal di thailand dan juga asia.. Si Ucop pon buat la satu hasil seni menggunakan "wood cut technique" katanya untuk menceritakan tentang mitos Naga Tasik Chini ni... Korang tgk la gambar yang sempat aku rakamkan sepanjang perjalanan aku on the way untuk thumbprint tadi...

:::::::::::::::::::::::::::::::::




Ni gambar aku try amik ketika baru siap letakkan cat hitam la kot, aku pon xtau dia letak pe...yang penting dia nak wat printing atas kain canvas...


:::::::::::::::::::::::::::::::::


:::::::::::::::::::::::::::::::::




Ni la gambar yang korang dok tgk atas meja tadi ni..susah payah kitaorang angkat semata-mata untuk masukkan dalam blog nih hehehe


:::::::::::::::::::::::::::::::::




Ni pulak Si Hamidi Besi...yang bergaya dengan Naga Chini yang lagi besar dari dia...Ada cite aku pangil dia Besi,tapi mls ar nak cita suma kat korang hahaha...


:::::::::::::::::::::::::::::::::


:::::::::::::::::::::::::::::::::




Ni lak gambar aku yang nak posing dengan Naga ni...sekali si midi wat kianat la plak...dia p amik gambar aku senyum jerk...bengang toi...Wat lenguh aku senyum je...


:::::::::::::::::::::::::::::::::


:::::::::::::::::::::::::::::::::




Ni baru la betui dia amik gambar aku selepas dia kena marah hehehe...


:::::::::::::::::::::::::::::::::


:::::::::::::::::::::::::::::::::




Ni Gambar naga no 2 yang berjaya ucop hasilkan...


:::::::::::::::::::::::::::::::::


Itulah kisah untuk ari ni selaku 22/04/2010....nanti aku ceritakan lagi klu ada benda best yang aku leh wat...Dan lagi besh klu ianya bergambar...apa2 pon terima kasih la kerana melayari laman blog aku yang xseberapa ni...Adios Amigos

Khairil Anwar
9.24 Malam....

3 comments:

  1. hehehe...korang jgn marah ek aku masukkan gambar korang dalam blog aku nih...kira halal la ek...

    ReplyDelete
  2. Gambar lu..nanti wa masukkan untuk posting yang akan datang...xper wa wat blog ni untuk kekawan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...