Followers

Wednesday, April 28, 2010

Hari ini...Kumpulan Drift AD terbentuk...

Assalamulaikum dan salam sejahtera suma...
Aku baru ada mood nak mencoret sedikit pasal DUNIA DRIFT ni... Ari ini aku dengan jayanya telah gagal kali kedua dengan percubaan Drift untuk RC Car aku tu...Korang dah tgk gambar kan....Klu xtgk lagi kereta aku tu aku cadangkan korang tgk la kat Kategori RC car drifter tu...Korang layan kat situ..Ari ni aku terpanggil untuk menceritakan tentang Kumpulan "AD Drift". Ada 3 ahli setakat ni untuk berperang dengan Machang Drift.Aku joint diorang gak la walaupon aku ni bukan la dari Kumpulan AD...Aku arap si saljuhumairah baca cerita nih. Biar dia kecut perut sikit dengan kumpulan ni...
Korang mesti tgh pening-pening sapa la saljuhumairah ni kan...dia ni men blog mcm aku jugak.dia lagi lama men blog dari aku. Korang nak tau korang kena cari sendiri sbb entry dia ada dengan aku korang kena rajin klik je. nanti korang tau la sapa dia..
Xyah la cite pasal si salju salji tu...aku nak cite pasal Kump AD drift king ni... Ari ni tugas aku dan Hamidi kena pergi cari kereta Drift 3 biji...Dah aku ngan Hamidi kena pergi cari. So tgh sembang ngan brader tu...sekali frequency yang ada cuma 35 dan 40 Mhz. Aku dah pakai 40 Mhz. So ingtnye nak cari yang berbeza-beza. Sekali xder la. Bincang-bincang ngan Hamidi dan Izwadi (ikot telefon),so kami amik la satu 40 Mhz lagi dua 35Mhz. Sbb klu nak lawan dengan si Machang drift kena guna 2 keta jer la. Klu dia 40Mhz kami 35Mhz..Mcm2 ner diorang mesti kami tewaskan.
Haa..Ni la si Hamidi yang tgh bersemangat waja mencari kereta kumpulan nih.Sekali beli 3 sekaligus..Bukan takat tu je siap cari RC Car Shell baru tu..Dapat la Subaru Biru dekat dia hahaha. Sipekerja kedai tu pening dengan permintaan kitaorang nak frequency berbeza.ko tgk si penjual tu mcm tengah pikir sesuatu kan? Si Hamidi ni pulak dah tgk aku la plak time aku nak amik gambar kedai tu..pening kepala la tu..Sbb hajat xkesampaian..tgk muka dah kelakar aku pon snap jer la.
Aku pulak disebabkan aku suka amik gambar sekarang ni so aku snap je la sesuka hati aku dulu.Ni la hasil dia kat bawah ni:::::
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Hamidi setelah berjaya ambil keretanya...


Yang tak tahan nyer dia terus mintak Penjual tu modifieds kereta dia ntah buat pe xtau adjusting chamber...alignment dan lain-lain (contoh::Hamidi siap mengepau berbayar dengan penjual tu untuk tukar shell Subarunya)
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Sekarang mari kita lihat wajah-wajah Kumpulan AD Drift nih. Si hawari telah jayanye menjahanamkan keretanya supaya menjadi kuning. Lagi real.Ni keta aku tu mcm buruk jerk nak bawa,segan la plak. Esk aku bawa kereta aku tu.Lawan diorang dulu hehehe.

Ni adalah Izwadi a.k.a Sulong Botak...siap jeling lagi bila dah dapat keta hehehe

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Yang ni pulak si hawari dengan Hamidi tgh mengodek2 kereta baru diorang

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Yang lain2 korang tengok la sendri ek...aku nak kemas barang balik perak ni.Yang itam tu si Hawari biru 5 tu Hamidi dan biru 78 tu Izwadi.Ok la chow....

Sekadar Hiburan Petang....

Satu petang yang hening...aku (selamat bin dol ) duduk berehat2 di depan umah.. sementara itu anak ku yang berusia 3 tahun sedang bermain2 di ruangan tengah...aku lihat dia tersenyum sorang2..ape lah yang dia pikir agaknyer...isteriku?ade kat dapur nun..memasak. bahagia kan famili ku ini...isteri ku mmg ckup rajin memasak, anak ku pulak petah berkata2 menghiburkan kami se famili..alahai...aku senyum sorang2 gak bangga memiliki famili ni....

Tgh aku dok senyum2 tetibe anak aku dtg...'abah..mak nak cerai...'

Aku tersentap..mata ku otomatik bepinar..rokok tetap maintain kt mulut..

Tetibe je dia nak minta pepisahan??? Aku ni bkn insan yang lemah,cukup nafkah zahir batin kat bini aku tuh.

Umah ni pun aku beli pakai nama dia...(aku beli je...dia yang bayar..hehehe) pas tu keta kt depan umah tu mmg aku dah habis bayar pun khas utuk dia (kancil 660 thn 1999)hape lagi yang kurang..dengan panas kepala ni aku terjah dia kat dapur

'YAH, APE KURANG KE KASIH SYG ABE KT AWOK?, APE ABG NI TAK HENDSOME LAGI KE SMPAI AWAK NAK MITA TUUUUI!!! TERGAMAK AWAK WAT ABG MACAM NIE.....!!!!'

Ape nie bang....susah sgt ke nak bagi?

YAH! AWAK JGN UJI SAYA!

Iye lah..lau berani buat lah...

YAAHHHHH......AWAK MELAMPAU! Kaki aku dah mengeletar,peluh menitik2,idung aku kembang kempis,kat telinge aku dah terdengar2 lagu Anang..jari jemari dah sejuk...sanggup kah aku ucapkan perkataan itu....

Iye..buat lah bang OIIIII...saya nak masak gulai ni g lah ambik serai tu cepat..boboi tak cakap kat awak ke...

HAH SERAI??????? Betuah punyer anak...pelat....

Ceyai Vs cerai...

Tuesday, April 27, 2010

Driftting is awesome

sebelum aku baca buku titas ari ni aku melayari Youtube dan setelah aku terlihat kereta Drift aku yang xjadi drift bila aku main tuh aku pon terlintas untuk mencari sebuah video clip pasal drift RC ni...jupa la aku ngan video bes gak la...haa layan la korang tau...Xsabar nak lawan ngan bebudak Machang's Drift bila aku dah pandai nak wat drift nanti..siap la korang suma...




Permainan mcm kat bawah ni aku xpenah tgk la pulak menarik siot hehehe...layannnnnn


Monday, April 26, 2010

::H@Ri PePeriKs@an Ku YanG PeRtaM@::

Ermm..Assalamualaikum sahabat-sahabat semua...
Ari ni aku nak bercerita tentang diriku sedikit pasal peperiksaan yang aku hadapi ari ni...Alhamdulillah aku berjaya menjawab dengan jayanya...Paper ari pasal Networking..Suma org ckp aku ni hebat dalam networking padahal aku xhebat pon. Bukan nak merendah diri atau apa tapi sememangnya aku ni xpandai sgt pon komputer nih..Sekadar mempunyai sedikit pengalaman yang aku perolehi daripada Kedai komputer yang aku bekerja dulu..Dari Bos aku yang baik ati yang ajar aku dari 0-pandai. Terima Kasih Mr.Sin Chai Yang (Owner Classic Computer Technology Sdn.Bhd).
Sejak semalam aku tidak tido sampai la kul 5 pagi study la kononnya..mmg study pon tapi dalam masa sama aku men facebook gak.

Tempat aku belajar mmg klasik gile ar,xsenonot pon ada rasanya tapi aku masuk gak la gambar tempat aku study ni huhuhu...

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Ni plak gambar aku rakam secara spontan ketika sebelum masuk peperiksaan




::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Ni setelah semua dah habis Exam Paper Networking..suma mcm muka frust jer nih..Aku biasa la muka senyum walau xleh buat jugak hehehe



::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Haa...agak2 korang kenal x mamat ni x!! hehehe


Ni member aku belajar sekali ngan aku tu..Student PLK IS 221 Pandai budaknya...namun ari nih dia wat lawak ar plak time peksa huhuhu... Menganggu konsentrasi aku nak jawab peksa jer.. Korang tau dia wat lawak pe?? Mcm ni masa peperiksaan berjalan ramai yang kena kuar dulu sebab slip menduduki peperiksaan tidak di Cop Mohor oleh Bahagian HEA lagi... So mereka2 ni terpaksa la kuar dulu sebelum leh jawab periksa... dia nih dok belakang aku la... aku pon jawab la paper aku nih..dia antara student yang kuar awal la tok amik cop tu kan... so dia pon masuk la dewan awal... sekali aku tgk dia p duduk depan aku lak... aku dah agak dah dia mesti penin la nih.. Mesti dah silap tempat duduk..hahaha... aku dah bantai gelak dah..Aku tgk dia tgh garu2 pala dah tgk tempat dia mcm xsama...aku dah xtahan dah ni nak gelak...sekali bila dia tgk aku, aku dah gelak mcm org ilang akai dah, baru dia sedar yang dia tersalah duduk tempat org...Adoi..Sib baik dia xbukak paper member tu lagi dan buat hahaha...Aku ilang tumpuan 5 minit dari buat exam aku asik teringat kat dia kekeke...Pengawas Peperiksaan tu pon gelak kan dia..nak buat mcm ner dah xsengaja kan...kekeke..sori ah member, citer lawak kena la kongsi kan hahaha....
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Erm tu je la kot yang dapat aku kongsi tok ari ni...esk aku try update lagi kot2 ada cerita bes lagi mcm ari nih...Esk aku periksa TITAS lak...ni satu pe pon xbaca lagi..Xpe kot sebab esk petang kan...Leh struggle lagi pagi-pagi buta esk..K la Adios dan Assalamualaikum...




khairil_157 MYSAT

Sunday, April 25, 2010

iman semut vs iman manusia

Artikel ni aku amik di forum Mysat yang dipostkan oleh ShaJohan. Memandangkan ianya satu ilmu yang berguna maka aku mencilok artikel nih dan masukkan pada blog aku ni supaya boleh berkongsi reramai...Terima kasih Ahli MYSAT kerana menyediakan info berguna seperti ini. Artikel ini dipostkan didalam forum pada hari selasa 30 Mac 2010.

renungkanlah:
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: "

"ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN" .




Khairil_157 MYSAT

Saturday, April 24, 2010

24/04/2010 - RC Car

Hari ini aku dengan bangganya telah berjaya membeli sebuah kereta control Drift. Selepas ni boleh la aku layan drift hari-hari hahaha...Walaupun kereta yang aku miliki ini agak murah berbanding dengan orang lain yang extreme drift namun aku dah cukup berbangga sebagai newbies dalam dunia drift ini aku berjaya memilikinya... Dibawah adalah gambar kereta RC Drift yang baru aku beli ari ni. Aku malas nak men lagi sebab baru nak mencuba, drift kat umah la dulu. Dah pandai kang aku masukkan video pulak lawan ngan bebudak AD, Bos HEA aku En.Hisyam (si saljuhumairah),dan kimi HEA...Kuang Kuang Kuang...marah diorang nih klu tau aku masukkan nama diorang tanpa kebenaran nih. Tapi lantak la HAHAHA(gelak mcm action kamen tau). Apa-apa pon ni la gambar kereta aku tu...

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



RC R35 Skyline (Nissan) on practice drifting...

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Amacam cantik kan?? sebarang komen anda diterima...klu yang aku rasa xbes kang aku deleted la komen korang kihkihkih

23/04/2010-Hari Paling Sibuk...Mesin serbaguna untuk pemprosessan Kuih Dijual...

Hari ini rumah aku agak sibuk sikit...Sebab ada orang datang untuk membuat demo mesin membuat kuih serbaguna di rumah aku ni atau lebih dikenali sebagai Mixer cookies dari penjenamaan FALCON...aku nak cerita lebih2 aku xreti sebenarnya...tapi ada la video dan gambar yang sempat adik aku rakam untuk aku masukkan dalam blog aku ni...Kiranya rumah aku ni menjadi pengedar bagi mesin ni. Klu setakat nak buat pizza dan lain2 roti serta mee, orang yang xpandai masak pon boleh buat... menarikkan?

Aku ingt nak masukkan video bagi produk nih tapi video kena edit dulu la... So aku masukkan hasil2 jer dulu yang boleh dibuat dari mesin ini. Harga dia dalam RM 1300 tapi masih boleh runding bagi mereka yang betul2 berminat. Ada la deal dia klu nak murah sikit la. Ckp byk pon xguna korang layan dulu gambar aku masukkan ni kemudian nanti aku masukkan video dia pulak. Haa nak order korang tipon la aku di hotline 013-981 9331 @ 09-765 5775 (Khairil Anwar). Pertanyaan Product & Serius Buyer sahaja akan dilayan.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Gambar Mesin FALCON Mee Automatic Machine


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Ni antara tetamu yang datang untuk melihat cara mesin pengadun di kendalikan

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Ni adalah hasil kuih muih yang dibuat oleh mesin tersebut.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Klu ada pertanyaan tentang product tapi mls nak abih kan kredit boleh la email aku di khairil_157@yahoo.com aku masih akan layan insyaallah... k la Adios Amigos dan Assalamualaikum...

ps:Gambar mesin akan dimasukkan bersama video nanti...Harap Maklum

Thursday, April 22, 2010

22/04/2010-Wood Cut Printing....Naga Tasik Chini Mitos Atau Realiti

Ari ni seharian aku melepak dekat dewan. Ye la kan kepala masih sakit sikit-sikit akibat kesan demam yang dah 2 minggu melarat masih xilang-ilang lagi. Dah tu pulak aku asyik kalah jerk men bola ngan si botak sulong ngan si midi besi. Bengang toi... Klu kalah sikit-sikit xpe la jugak. ni kalah mcm org xbiasa men bola nih bengang la aku. Klu dah kena sampai 5-6 Gol ni dah sampai tahap xleh nak terima akai dah ni.

On the aku nak balik aku tgk si Ucop, Rambo ngan Hawari tgh dok lepak kat luar dari opis si botak. Aku ingt diorang wat pe rupanya keje si Ucop dah nak hampir siap dah...aku apa lagi memandangkan ada camera dengan aku maka aku pon amik la gambar mereka bertiga nih. Gambar kat bawah ni gambar si Ucop (Pembuat lukisan), Rambo dan Hawari si penjahat AD...kekeke...jgn marah ar Rambo,Hawari...

:::::::::::::::::::::::::::::::::




Ucop(Baju Kuning),Hawari(Baju Putih) & Rambo kat tengah2 tu...


:::::::::::::::::::::::::::::::::


Haa...korang tau x cerita Naga Tasik Chini...meh aku cerita sikit pasai naga Tasik Chini nih...naga tasik chini ni juga dikenali sebagai naga seri gumum,seri pekan .. kemunculan naga ini telah diakui oleh kumpulan orang asli jakun yang mana telah menetap di kawasan tasik chini tu setelah sekian lama..

malah ada juga yang mengatakan naga tasik cini ni mampu bertukar2.. jadik naga pun boleh.. jadik ular pun boleh.. nak jadik buaya pun boleh..nak jadi orang pon boleh... wah sungguh berbakat naga tasik chini ni kan?

namun ada jugak bunyi dari mulut orang melayu kita yang mana mengatakan...lagenda naga tasik chini ni hanyalah sebuah cerita dongeng yang direka-reka oleh masyarakat orang asli ni yang mana cuba untuk menakutkan anak-anak mereka dari mendekati tasik tersebut kerana mampu membuat anak mereka lemas...erm logik kan?

Jikalau orang mengatakan naga itu tidak wujud dan mengarut... mengapa lagenda dan rupa naga kita percaya hingga ke hari ini wujud?...yang mana lazimnya mereka bertubuh panjang seperti ular,,, badan yang menggerutu dan bersisik.. kepala seperti ular dan bersayap...mengapa?

Ada satu lagi cerita tentang dongeng Naga Tasik Chini nih...Klu korang rajin korang baca.. klu x, xyah la baca..wat penat jer korang....

""Berdasarkan cerita rakyat, seekor naga besar dikenali Naga Seri Gumum, dikatakan menghuni Tasik Chini dan kisah itu turut dipaparkan pada papan tanda besar yang diletakkan di Tasik Chini Resort untuk dibaca pelancong yang datang ke situ.Menurut cerita orang tua-tua, satu ketika dahulu, sekumpulan Orang Asli suku Jakun datang ke kawasan hutan tebal, lalu meneroka dan membuka tanah di situ untuk bercucuk tanam. Pada satu hari, ketika kumpulan Orang Asli itu berkumpul untuk bercucuk tanam, tiba-tiba muncul seorang wanita bertongkat dan memberitahu, tempat berkenaan adalah miliknya dan mereka perlu meminta izin sebelum menerokanya.Bagaimanapun, wanita itu akhirnya mengizinkan mereka membersihkan kawasan itu selepas Tok Batin meminta maaf dan bagi menguatkan tuntutannya, wanita berkenaan mencacakkan tongkatnya di tengah kawasan yang diteroka itu sambil memberi amaran supaya tidak mencabutnya sebelum dia menghilangkan diri. Kumpulan itu terus bercucuk tanam sehingga tiba-tiba mereka diganggu salakan anjing di pinggir kawasan dibersihkan. Seorang daripada mereka mengambil keputusan mencari puncanya dan terkejut mendapati ia sebatang kayu hitam besar yang lapuk.Dia membaling tugalnya (kayu tajam untuk membuat lubang tanaman) ke arah batang kayu itu dan terperanjat apabila darah memancut keluar daripada kayu hitam berkenaan. Dengan gementar dia terus berlari dan menceritakan hal ganjil itu kepada rakannya, tetapi mereka tidak mempercayainya.Ketika itu juga awan hitam menyelubungi angkasa, diikuti guruh dan kilat sebelum hujan lebat. Kumpulan Orang Asli itu berpecah sambil bertempiaran lari mencari perlindungan dan dalam keadaan kelam kabut, seorang daripada mereka mencabut kayu dicacakkan wanita tadi. Ketika itu serta merta air memancut keluar daripada lubang itu, bumi mula bergegar dan membenamkan kawasan yang dibersihkan tadi dan takungan air hujan itu menjadi sebuah tasik dikenali sebagai Tasik Chini. Dongeng orang tempatan mengatakan kayu itu adalah jelmaan seekor naga dikenali sebagai Naga Sri Gumum dan kawasan alur yang terdapat di sekitarnya adalah kesan laluan Orang Asli dahulu ketika menyelamatkan diri. Cerita lagenda itu menjadi buah mulut daripada dahulu hingga sekarang walaupun Tasik Chini seluas 12,565 hektar termasuk kawasan hutan sekitarnya sudah melalui proses pembangunan sehingga menjadi tempat rekreasi yang menarik. Kawasan Tasik Chini mempunyai 12 laut mengelilinginya iaitu Laut Gumum, Pulau Balai, Chenahan, Tanjung Jerangkung, Genting Teratai, Mempitih, Kenawar, Serodong, Melai, Batu Busuk, Labuh dan Jemberau.

Satu lagi lagenda Tasik Chini adalah kota purba Khmer (Thai-Kampuchea) yang tenggelam di situ. Misteri ini mungkin akan diperjelaskan tidak lama lagi setelah penemuan beberapa artifak yang seakan-akan buatan Khmer purba, serta kemungkinan tapak asas binaan di dasar Tasik Chini ketika penyelidikan dijalankan baru-baru ini. Ramai juga membuat spekulasi mengenai pokok teratai di situ, kerana teratai adalah sebahagian unsur kebudayaan purba di Asia Tenggara yang didominasi agama Hindu serta Buddha - tambahan pula di lain-lain tasik di seluruh Malaysia, tiada teratai yang tumbuh secara semula jadi. Ada yang berpendapat teratai Tasik Chini tumbuh meliar lanjutan teratai yang dahulunya disemai oleh penghuni kota Tasik Chini yang tenggelam.""


namun.. apa yang aku pasti... haiwan naga ni lazimnya terkenal di thailand dan juga asia.. Si Ucop pon buat la satu hasil seni menggunakan "wood cut technique" katanya untuk menceritakan tentang mitos Naga Tasik Chini ni... Korang tgk la gambar yang sempat aku rakamkan sepanjang perjalanan aku on the way untuk thumbprint tadi...

:::::::::::::::::::::::::::::::::




Ni gambar aku try amik ketika baru siap letakkan cat hitam la kot, aku pon xtau dia letak pe...yang penting dia nak wat printing atas kain canvas...


:::::::::::::::::::::::::::::::::


:::::::::::::::::::::::::::::::::




Ni la gambar yang korang dok tgk atas meja tadi ni..susah payah kitaorang angkat semata-mata untuk masukkan dalam blog nih hehehe


:::::::::::::::::::::::::::::::::




Ni pulak Si Hamidi Besi...yang bergaya dengan Naga Chini yang lagi besar dari dia...Ada cite aku pangil dia Besi,tapi mls ar nak cita suma kat korang hahaha...


:::::::::::::::::::::::::::::::::


:::::::::::::::::::::::::::::::::




Ni lak gambar aku yang nak posing dengan Naga ni...sekali si midi wat kianat la plak...dia p amik gambar aku senyum jerk...bengang toi...Wat lenguh aku senyum je...


:::::::::::::::::::::::::::::::::


:::::::::::::::::::::::::::::::::




Ni baru la betui dia amik gambar aku selepas dia kena marah hehehe...


:::::::::::::::::::::::::::::::::


:::::::::::::::::::::::::::::::::




Ni Gambar naga no 2 yang berjaya ucop hasilkan...


:::::::::::::::::::::::::::::::::


Itulah kisah untuk ari ni selaku 22/04/2010....nanti aku ceritakan lagi klu ada benda best yang aku leh wat...Dan lagi besh klu ianya bergambar...apa2 pon terima kasih la kerana melayari laman blog aku yang xseberapa ni...Adios Amigos

Khairil Anwar
9.24 Malam....

Wednesday, April 21, 2010

Permintaan...21/04/2010

Hari ini aku baru chatting dengan seorang kawan lama..Fae diberi nama, dia baru sahaja bertunang pada 15/03/2010 dengan seorang yang baik lagi budiman diberi nama Fahmi. Aku xkenal pon sebenarnya mamat nih,tetapi sbb dia bertunang dengan kawan baik aku so dia patut baik la kan. Klu kita xkenal org so xleh ar bersangka buruk dengan orang sebenarnya,kena bersangka baik dulu...baru org baik ngan kita. Fae ni sebenarnya tidak dapat hadir ke kenduri kawen aku pada 19/03/09 ari tuh. Dah setahun lebih dah la aku kawen.Dia meminta untuk aku masukkan gambar perkahwinan aku dengan isteri aku yang amat aku sayangi Shuhaida Bt Mohamed a.k.a (shu,ayu). So aku memperkenankan permintaan beliau dan memasukkan gambar perkahwinan aku ini dibawah petikan misteri daripada kedai gambar di Kuala Kangsar,Perak dan juga anak sepupu aku ini Mohd Nizam Nasir. Aku cukup berpuas hati dengan tangkapan gambar beliau... Terima Kasih Nizam Muahhhhhahahaha......
:::::::::::::::::::::::::::::::::::





Ni la cameraman aku yang aku maksudkan...cian dia tgh tidoq letih amik gambaq aku jadi raja sehari...terima kasih Nizam sbb sanggup mai dan amik gambar aku nih..

To Nizam : Aku masukkan gambar hang tgh tidoq xpa la kot noh hehehe...


Ini antara sentuhan misteri anak sepupu aku si Nizam tuh.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::








Ni gambar time aku akad nikah...hehehe


:::::::::::::::::::::::::::::::::::









Ni sanding kat sg.siput Hasil seni anak spupu aku


:::::::::::::::::::::::::::::::::::






Gambar bersanding di Kelantan.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::


Gambar sanding aku kat kelantan nih,sebenarnya adik aku amik dengan camera digital jer. bukan anak spupu aku tu yang amik...so kualiti dia xsama la. Yang atas tu anak spupu aku yang amik, aku masuk sikit jer sbb nak upload lambat ar. Tgk la apa yang ada je la ek.

Ok sekian dari aku untuk ari ni Adios Bye-bye dan Assalamualaikum....

Tuesday, April 20, 2010

Kisah di Hari Selasa...20/04/10

Hari ini nasib aku baik dan juga tidak baik. Diawal pagi mak aku kejut bgn untuk pergi kerja, aku mcm biasa bgn subuh 6.30pg dan kemudian tdo balik samapi 7.15pg baru bersiap untuk bekerja. Aku masuk office kul 8.30pg. Malangnya hari ini aku dikejutkan oleh mak aku katanya kereta aku dah pancit. huhuhu. Aku bergegas bgn capai tuala dan turun kebawah melihat kereta kesayangan aku tuh. xpancit tapi angin kureng. Aku perati tgk kat tyr kereta aku tuh tetiba ternampak ada kesan terkopek sedikit dekat tayar tuh. aku amik keputusan untuk pergi ke kedai tayar. Aku menelefon member aku Tok SioK ckp aku pergi keje lambat sikit. Aku start keta aku tuh dan memulakan perjalanan dengan bacaan Bismillah didahulukan.

Dalam perjalanan aku berhenti seketika mengisi minyak dan angin taya aku tuh. Lepas tuh tetiba ada polis memperlahan kereta aku kerana untuk memberi laluan kepada Mercedes sapa xtau. Rupanya itu polis excort.Aku apa lagi erus memecut laju ar meng"excort"kan diorang lak ehehe. Sampai jer aku kat Labok ada lagi polis beramai-ramai membuat sekatan. Aku tempoh jer la nak tgk samada keta aku lepas ker x. Rupanya balai polis Labok buat perasmian la. HAAHAHA. aku ni jer yang penakut takut kantoi keta aku tuh.

Erm aku masih lagi meneruskan perjalanan samapi ke JPJ Labok dan sekali lagi sekatan diadakan. Aku berkata dalam hati rajin betui diorg ni kan? Aku sekali lagi memberanikan diri aku teruskan perjalanan dengan harapan diorg wat derk jer ngan keta aku. Fuhh...memang diorg wat derk jer pon. Aku cukup lega dan yakin bahawa aku akan lepas setiap roadblock lepas nih. Keta aku lepas modified. hehehe

Tapi xmau la yakin sgt kang diorg wat gila kang sakit kito sumo nih haa. Apa2 hal aku nak berterima kasih la dengan Polis dan JPJ sebab membenarkan aku untuk melepaskan diri aku. Terima Kasih sekali lagi Adios.

Nur Aliah Aisyah...Selasa 20 April 2010

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya berjaya juga aku menyiapkan video bercukur anak aku, Nur Aliah Aisyah...Duration bagi vdeo tersebut mencapai selama 15 minit dan Untuk santapan koran suma aku pra-tontonkan video ini selama 3 minit dah la ek. korang aku rasa bukan nak tgk sgt pon. Bila xder korang mulai la tny kenapa xmasukkan video dah masukkan bukan korang tgk pon kan?? Apa-apa hal pon aku dah sediakan pra-tonton nih. Korang tgk la klu berminat. X berminat, korang tgk video len la ek. aku pon ada masukkan video slash in japan pada bulan 3 lepas n drift keta kontrol awal bulan 4 kot. apa-apa pon mohon maaf andai ada salah silap kata dan perbuatan. Adios Amigos.....

video

Sunday, April 18, 2010

18/04/2010 Keta aku telah siap....

Hari ini keta aku dah pon siap dibaiki namun untuk pemulihan kulit luar ( cat le tuh) masih belum dapat disempurnakan kerana duit masih tidak cukup. Tapi skunk nih keta aku sudah boleh bergerak kembali hahahaha






inilah aku bersama kereta kesayangan ku......Khairil 18/04/2010

Wednesday, April 7, 2010

Kehadiran JDM Mivec 2010

Setakat hari kereta satria ku dah pon siap hampir 90%.. JDM Mivec dah pon dipasang pada satria ku ini. Aku memerlukan kereta itu sebelum 16/4 kerana kancil ku perlu dihantar ke perak kembali. Apa yang perlu ku lakukan lagi adalah cat dan pasang skirt aku yang dah pecah akibat dari tayar keta aku yang pecah dan lips skirt tok front skirt aku tuh. Yang len akan difikirkan kemudian insyaallah... lihat lah kereta aku nih....huhuhu







There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...