VS
Salam kepada semua pembaca sekalian, pelik bukan tajuk ini... kaishuhaikal vs kutubun fiii? tetapi gambar tunjuk blogger vs multiply....hahaha jgn pelik sebab ini kisah mengenai aku bagaimana aku mula terjebak dalam dunia blog ini. Pada tahun 2007, aku mula mengenali multiply. Kutubun fii aku punya site. korang tertanya-tanya x kenapa nama site tu kutubun. xtanya pon aku cerita juga sbb itu yang menyebabkan aku menulis sekarang ini. nak berkongsi cerita. Kutubun tu bukan lah kutu diatas ubun-ubun seperti yang diperkatakan oleh sesetengah kawan-kawan aku. Tetapi aku pinjam ayat dari seorang daripada kawan aku yang bernama junaidi. Kutubun site ini juga diilhamkan oleh seorang rakan aku yang gila punya perangai si Sairu Azwan. Junaidi ni ayat dia selalunya pelik-pelik, kutubun la ,kuntum la, sewamit, duniawi, fiiii, mcm-mcm lagi la. Si hafizullah pon sama gak. Ayat paling femes setakat ni "NO BRAIN",diilhamkan sepenuhnya dari ayah dia disatu masa dahulu. Skunk "NO BRAIN" ayat paling femes ketika permainan chess berlaku. So aku pon amik la kutubun tu wat title site aku. No brain diihamkan kembali pada bulan 9 2010 so xleh la pakai lagi time tu. Tetapi pada masa itu aku masih tidak tahu hala tujuan aku sebenarnya...nak menulis? aku nak tulis pe? erm aku pon berhenti dari menulis di kutubun site.
Lepas aku berhenti bermain multiply, aku beralih ke friendster, kata orang bes friendster tu. Bes jugak la sbb leh deco-deco site dia. Tu pon xkekal lama sbb facebook kuar la pulak. Games facebook jadi punca utama orang memilih facebook. aku memilih facebook bukan sbb games, tetapi sbb semua orang berpindah ke facebook. xkan aku nak dok senyap dalam freindster tu. aku beralih arah lagi pada 2008. Friendster pon stop jap. 2008 juga aku diperkenalkan dengan wordpress. Orang yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan aku di wordpress adalah sukri mamat dan sabri UiTM Dungun. aku sempat buat 2-3 entri pasal komputer, aku jadi malas sebab mcm xde sambutan. Masa tu aku dapat rasakan yang aku sebenarnya cuba mengejar glamour dalam dunia blog. Aku berundur diri seketika. wordpress xjalan, aku diperkenalkan oleh seorang blogger si dhani pasal blogspot pada 2009. Kemudian aku berkenalan dengan saljuhumairah dan citronal yang banyak mengajar aku dalam dunia blog ini. Tapi sayang, citronal menghilangkan diri selepas dari itu. Aku mengharapkan dia pulang ke pangkuan blogspot kembali nanti. Dalam blogspot aku menggunakan nama sebagai kaishuhaikal. Ada maksud disebalik nama ini. Tetapi biarlah aku dan isteri aku sahaja yang tahu. Lagi pon nama xpenting pon bagi korang. Selepas itu aku masih setia dengan blogspot. Adakah kerana aku tahu hala tuju? xde la.... Sebenarnya sekarang aku menulis bukan kerna nama...bukan kerna duit....tetapi hanya kepuasan diri....orang nak baca atau tidak terpulang.
2010, selain dari blogspot aku kembali kepada multiply? kenapa? Bes ke multiply tu? Haa...aku pon xtaw bes ke x multiply...tetapi aku bergerak dalam multiply kembali semata-mata kerana isteri aku sudah ada laman multiply, kawan-kawan dia juga ada. Aku xtaw la dia menulis ke tidak. Tetapi aku akan tetap menulis. Baik multiply atau blogspot. Sehingga aku rasa bosan nanti. So kutubun site is back....Watch out.
No comments:
Post a Comment