Followers

Monday, October 18, 2010

Rasima Express

Hari ini aku terpanggil untuk bercerita dan berkongsi idea dengan anda semua tentang Syarikat Rasima Express. Bukan tujuan ku untuk mengutuk atau mencerca syarikat tersebut tetapi sekadar untuk memberi pendapat tentang pengurusan bagi syarikat tersebut. Aku akui bahawa syarikat tersebut mempunyai servis yang baik. Apa tidaknya, hanya syarikat tersebut yang berjalan menggunakan jalan lama dari Ipoh ke Kelantan. Aku juga akui yang aku kerap menggunakan perkhidmatan bas ini dan aku begitu menghormati akan servis yang diberikan dan aku begitu yakin dengan pemandu bas syarikat tersebut. Apa yang peliknya adalah apabila bas yang digunakan itu tidak secantik dan secanggih bas-bas dari syarikat lain. Walhal mereka mempunyai begitu ramai pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan syarikat tersebut. Pelanggan mempunyai kuasa dalam memilih perkhidmatan dan keselesaan yang baik. Sekiranya mereka ingin maju dalam perniagaan, mereka perlu menambahbaik servis yang telah ada.
Aku bukan ingin mengajar pihak pengurusan syarikat terbabit dalam pengurusan yang baik. Cuma selaku pelanggan yang biasa dengan servis mereka ingin melihat mereka berjaya dan sekali gus aku sendiri mendapat servis yang cemerlang. Tiada kerugian bagi aku sekiranya penambahbaikan dibuat malahan keuntungan dapat mereka perolehi aku rasa. Seperti yang diketahui bahawa internet merupakan satu servis yang amat penting pada masa kini bagi orang yang seperti aku. Laluan bas rasima ini adalah melalui lebuh raya timur barat, Celcom broadband servis boleh diletakkan pada bas mereka. Ini boleh menarik minat pelanggan yang ingin menaiki bas ke Ipoh. Bas yang cantik juga merupakan satu cabang bagi menarik minat pelanggan. Kenapa tidak dicuba? Tidak perlu sampai berpuluh bas diperlukan cukup 2-3 biji sahaja untuk permulaan.
Ramai kawan-kawan aku yang bercerita dengan aku malah ada yang pelik kenapa aku sukakan rasima berbanding bas lain ke Ipoh? Pelik... hahahaha bagi aku langsung tidak pelik kerana aku mempunyai 2 sebab kukuh iaitu setahu aku rasima tidak pernah lagi mengalami apa-apa kemalangan yang meragut nyawa penumpang. Kemalangan yang sikit-sikit mungkin ada berlaku. Tetapi yang melibatkan nyawa tiada aku rasa. Yang ke -2 adalah hanya bas tersebut yang turun ke laluan Kati - Sg. Siput. Itu yang membuatkan aku memilih Rasima berbanding bas lain. Ini sudah cukup untuk membuktikan kredibiliti syarikat tersebut. Sudah terlalu nampak bahawa bukan setakat keuntungan yang dicari semata tetapi kepentingan dan kemudahan pelanggan juga turut diambil kira.Malahan pemandu bas juga begitu jujur dan beretika ketika memandu. Ini jelas kerana pernah pemandu itu berkata yang dia tidak mampu untuk memandu pada waktu malam di lebuh raya Utara-Timur, nasib baik second driver mampu untuk memandu. Kejujuran seperti ini perlu bagi menjaga keselamatan penumpang.Ini bukan menunjukkan kelemahan driver tersebut tetapi kekuatan dan kejayaan syarikat tersebut dalam mendidik pemandu yang berkaliber dan profesional.
Jadi untuk menambahkan lagi kekuatan pada syarikat tersebut, Adakah menjadi masalah kepada syarikat tersebut untuk menukarkan bas dan menambahkan perkhidmatan yang sedia ada kepada yang lebih baik? Mungkin aku tidak mengetahui sekiranya mereka ada masalah dari segi sumber kewangan. Aku bukanlah salah seorang dari pihak pengurusan atasan. Tetapi sebagai seorang pelanggan yang tidak mengharapkan untuk syarikat itu merudum jatuh,aku menyuarakan pendapat aku. Keuntungan mungkin tidak dapat bergolek dengan cepat, tetapi kadangkala setiap permulaan dengan niat yang baik akan mendapat pulangan yang baik dimasa hadapan. Kita tidak semestinya berjaya dengan perubahan. Tapi tanpa perubahan pasti kejayaan tidak akan datang. Para ulama pernah berkata yang sesuatu yang baik datang dari niat yang baik disamping usaha dengan jalan yang baik. InsyaAllah.

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Dah terkubur pun syarikat ni๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
  3. ak menggunakan servis bas n....dr tahun 2000-2005....syg sekali company n dh xda,,,byk kenangan....hmmmppphh...memori dlm ingatan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...