Followers

Friday, January 21, 2011

Kisah Ibu yang Pemarah dan Anak yang Nakal....

Dalam aku tgh menyelesaikan tugasan aku sebagai seorang pelajar ini...aku teringat sebuah kisah yang didendangkan di IKIM.FM kisah dimana seorang ibu yang menyesal dengan perbuatannya memarahi anaknya yang berusia 3 tahun. Didalam kita hidup berkeluarga ni kita perlu banyak bersabar dengan ahli keluarga, memang benar aku sendiri pon merupakan seorang yang tidak sabar namun sekarang aku cuba sebaik mungkin untuk sabar. Aku ini bukanlah seorang pencerita yang baik dan kisah ini sebenarnya telah pon kita dengari jika kita pergi kem-kem motivasi. Aku menyampaikan kembali cerita ini dalam bentuk yang diolah oleh aku untuk simpanan rujukan aku di kemudian hari dan juga untuk berkongsi bersama dengan saudara saudari semua. Semoga kisah ini di ambil iktibar oleh kita semua.

"Ada sebuah keluarga yang sudah lama mendirikan rumah tangga tetapi tidak dikurniakan anak. Si isteri merupakan seorang yang begitu mementingkan kekemasan rumah. Si suami pula seorang yang tidak begitu peduli kan sikap Si isteri yang terlalu kemas itu biar pun kadangkala dia juga serabut dengan sikap isterinya. Alhamdulillah dengan berkat kesabaran sepasang kelamin ini, akhirnya mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Lukman (bukan nama sebenar) sebagai penambah seri bagi keluarga mereka.

Lukman dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh ibu dan bapanya, namun Ibu Lokman seorang yang begitu mementingkan kekemasan rumah mereka menjadi masalah dengan Lukman. Selaku anak yang berumur 3 tahun sudah menjadi lumrah naluri seorang anak untuk mencuba segala-gala untuk menjadi sebuah kreativiti. Bapa Lukman hanya mengikut rentak si Ibu dan hanya menegur Si Ibu jika Si ibu terlalu marah. Namun biasanya itu hanya seketika sahaja. Lukman biasanya akan meluahkan kreativiti dengan menconteng dinding dan mengoyak segala buku yang dibaca. Bayangkan ibu yang suka melihat keadaan rumah yang kemas dan teratur sentiasa di rosakkan oleh Lukman. Selaku budak yang berumur 3 tahun, apalah yang dia tahu... Baginya semua adalah satu permainan.

Namun pada suatu hari, Si Ayah menelefon Si Ibu memberitahu yang ada kawan mereka yang baru balik dari Luar Negara ingin datang melawat mereka pada waktu petang. Si Ibu yang melihat rumah tunggang langgang di buat oleh Lukman, terus mengemas rumah tersebut dan pergi ke dapur membuat mee goreng untuk menjamu tetamu, Alangkah terkejutnya Si ibu apabila rumah yang baru dikemas tadi telah diselerakkan kembali oleh Lukman. Semua kertas-kertas bertaburan dan dinding diconteng-conteng. Mee yang dipegang untuk dihidangkan kepada pengunjung rumah tadi terlepas dari tangan dan bertaburan di lantai. Dengan keadaan yang sangat marah ibu Lukman memanggil nama Lukman dengan kuat sekali, Lukman tersentak dan dengan hati yang begitu takut kepada ibunya dia berlari ke luar rumah dan ibu lukman mengejar dari belakang. Selang seketika, terbunyi sesuatu yang menyentak hati seorang ibu....."DUMMM..." alangkah terperanjat si ibu melihat wajah kaku seorang budak di hadapan kereta yang sedang berhenti....Ibunya terus mendapatkan budak itu dan terus menghantar ke Hospital.... Didalam keadaan dia sedang memandu, terbayang-bayang satu persatu detik sebelum berlakunya kemalangan antara Lukman dengan sebuah kereta. Setelah sampai ke hospital, Dr terus merawat Lukman yang kritikal dan setelah lama dirawat Dr keluar dari bilik kecemasan dan memberitahu bahawa Lukman tidak dapat diselamatkan. 

Si ibu balik kerumah bersama-sama dengan jenazah dan melihat rumah nya yang telah dikemas oleh jiran-jiran untuk menyambut jenazah. Hatinya tersentak lagi bila melihat masih ada lukisan terakhir anaknya didinding yang masih belum dicuci. Setelah semua selesai pengebumian anaknya, dan seorang orang kembali kerumah masing-masing, si ibu perlahan-lahan ke dapur dan mencari kertas yang dikoyakkan oleh Lukman. dan mengutip satu persatu dan ditaburkan ke ruang tamu ditempat yang biasa Lukman bermain. Si ayah pelik melihat gelagat si ibu dan bertanya kenapa berbuat demikian, si Ibu menjawab :
Selama ini aku tidak pernah sedar bahawa Cebisan kertas yang dibuat Lukman dan Lukisan dinding ini adalah merupakan seni dan hiasan yang paling indah yang pernah ada didalam hidup aku, Bagaiamana aku boleh terlepas pandang dan memarahinya sehingga timbul kecelakaan didalam keluarga kita." 
Menangis si ibu sambil menaburkan cebisan kertas-kertas tersebut..."

Begitulah kisah yang aku dengar sebelum ini, ketika aku menaip ini aku masih lagi menangis kerana aku terbayangkan situasi yang berlaku. Mungkin tidak menusuk ke kalbu saudara saudari kerana ku bukanlah pencerita yang baik, namun ingatlah bahawa berfikir sebelum bertindak dan kawal lah kemarahan kamu kerana kemarahan biasanya berakhir dengan kecelakaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...