Pelik kan bila tgk tajuk tu... Gambar di sebelah diambil dari http://ceritaabi.blogspot.com/. Kisah ini amat menyentuh hati sekiranya kita menghayati betul-betul dan bagi aku sebenarnya kita sudah terlalu alpa dengan kehidupan sekarang sehingga lupa akan kehidupan akhirat... Bacalah kisah ini sejenak :
Syeikh Najmuddin al-Asbahani r.h telah mengiringi jenazah seorang soleh di Makkah. Bila saja siap dikebumi maka org yang mentalkin duduk mentalkinkan mayat. Tiba-tiba Syeikh Najmuddin ketawa (sedangkan dia jarang ketawa). Maka temannya bertanya sebab beliau ketawa. Dia memarahi sahabatnya dan menjawabnya selapas peristiwa itu "Aku ketawa hanyalah disebabkan apabila penalqin duduk untuk mentalqin, aku mendengar jenazah itu berkata "Adakah kamu tidak pelik apabila org yang mati (hati yang mati) mentalqin org yang hidup (hati yang hidup).?"
Ulasan: Sabda Nabi SAW: "Perumpamaan org yang mengingati Tuhannya dengan orang yang tidak mengingati Tuhannya adalah seumpama orang yang hidup dan orang yang mati. (Hadis Riwayat Bukhari)
Bagaimanakah anda sekalian, adakah kita sentiasa ingat dengan Allah, atau hanya ketika menimpa musibah sahaja. Adakah kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita perolehi atau kita megah dengan apa yang kita perolehi...Bagi diri aku sendiri, aku dahulu biasanya sentiasa megah dengan apa yang aku ada, dan dengki dengan apa yang orang lain ada... Bila ditimpa musibah, aku akan berkata "Kenapa Allah bg aku ujian sebegini"... Bila aku berjaya, aku akan berkata "Aku berjaya kerana aku pandai, aku hebat, aku berilmu".... Huh betapa takburnya aku berkata-kata... Sebenarnya hati ini telah mati....Mati dari mengingati Allah ketika berjaya....Aku bertaubat padaMu Yaa...Allah...
Sekadar berkongsi Ilmu pengetahuan & Muhasabah Diri.....
No comments:
Post a Comment