Followers

Wednesday, January 5, 2011

KELANTAN YOUTH CAR CLUB (KYCC)

Pada tahun baru ini, alhamdulillah telah dirancang untuk penubuhan kelab kereta bagi negeri kelantan, dibawah naungan Nik dan dibantu oleh Wan... Setelah hasil perbincangan tadi, Kelantan Youth Car Club (KYCC) telah diberi nama dan akan diusahakan untuk berada  dibawah Belia Sukan Negeri Kelantan. Tujuan utama untuk kelab ini adalah untuk mengumpul orang ramai, tidak sahaja belia kelantan yang berminat dengan kereta untuk bersosial secara sihat antara satu sama lain dan berkongsi idea mengenai apa sahaja tentang kereta.

Kelab ini terbuka kepada semua jenis kereta dan tidak mengira CC yang digunakan dimana program akan dijalankan tidak mengira jenis kereta yang digunapakai. Antara program yang akan dijalankan nanti adalah TT Official dan Unofficial, forum, program yang melibatkan anjuran belia dan sukan dan lain-lain. Perlumbaan haram dibawah nama kelab adalah salah sama sekali dan pihak kelab tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kesalahan undang-undang negara.

Setakat ini owner yang sanggup untuk menyertai KYCC ini adalah :

- Kancil (Group)
- Satria (Group)
- Proton Saga
- Honda (Group)
- BMW
- Myvi
- Wira (Group)

Setakat perbincangan hari ini adalah nama kelab dan logo akan direkabentuk oleh Mohd Hafizullah (Art & Design) dan akan dibentangkan pada jumaat malam nanti untuk di"proceed" kedalam bentuk sticker. Semoga penubuhan kelab ini akan berjalan lancar insyaAllah.

So kepada owner kereta kelantan yang berminat untuk menyertai kelab ini, boleh menunggu kemunculan KYCC ini dan penubuhan kelab ini secara rasmi akan diumumkan di dalam blog ini nanti. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...