Hari ini saya terpanggil untuk bercerita hal kemasyarakatan pulak...Sebelum saya bercerita tentang gambar disebelah, Saya teringat akan program wife saya untuk membantu ibu-ibu tunggal di Kampung Selisik,Hulu Bernam seramai 50 orang pada 15 Jan 2011 ini. Program ini memerlukan sumbangan ikhlas dari semua insan yang ingin menghulurkan bantuan kewangan bagi menjayakan program ini. Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, anda bolehlah menghubungi Pn. Shuhaida Mohamed (013-9399335) @ En. Shah Rullizan B Hj Mohd Tarmizi (013-4830425).
Erm...isu ibu tunggal tu dah habis dah, sekarang anda lihat gambar disebelah tu...Apakah anda boleh tafsirkan... bagi aku...Erm.....Sedih aku lihat. Menurut sumber yang aku perolehi, gambar ni diambil di Indon dan mereka sudah tidak mempunyai ibu dan bapa, abang yang memeluk adiknya itu yang mencari rezeki untuk sesuap makanan dan membesarkan adiknya... Erm, korang rasa la kan, bergunakah kita semua untuk hidup bersenang-lenang dimuka bumi ini sedangkan masih ada yang menderita seperti ini. Aku pasti ada yang akan jawab: "Aku senang sebab ilmu aku, orang berilmu akan hidup senang, pemalas belajar & pemalas usaha akan hidup susah selamanya..." Heh...mesti ada yang jawab mcm tu kan? Betul la apa dia cakap tu, itu bg orang mampu berusaha tetapi malas, yang ditakdirkan hidup susah pon ada jugak. Mcm gambar diatas, mcm ne? Mereka ini golongan yang patut ditolong oleh masyarakat. Jgn jadi mcm kisah Qarun yang takbur dengan ilmu dan kekayaan. Pernah aku ingt satu kisah tentang "Sedekah 1 Diganti 10":
Abu Jaafar bin Al-Khottab berkata: Seorang peminta sedekah berada dipintu rumahku. Aku pun bertanya pada isteriku "Apa yang engkau ada?" Dia menjawab "4 biji telur" Aku pun terus berkata "Serahkan semuanya kepadanya" Bila sahaja peminta sedekah tadi pergi, seorang kawanku telah memberikan kepadaku bekas yang mengandungi telor. Aku bertanya kepada isteriku "Ada berapa telur?" Isteriku menjawab "30 biji" Aku pun berkata "Aik Aku bagi empat tapi yang datang hanya 30, macamana ni?" Isteriku menjawab "Semuanya 40 tapi sepuluh pecah." Dikatakan satu dari 4 yang diberi itu pecah.
Ulasan: Firman Allah: "Sesiapa yang melakukan satu kebaikan maka dia akan mendapat 10 balasan seumpamanya."(
Al-Anam: 160)
Dengan kisah seperti diatas, anda semua masih lagi ke ragu-ragu untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Jika anda melihat ada orang yang susah, janganlah ragu-ragu untuk menolong,bersangka-baiklah...sesungguhnya Allah itu Yang Maha Hebat Lagi Maha Mengetahui....
Entri bersangka baik untuk yang seterusnya....
No comments:
Post a Comment