Hari ini aku terpanggil untuk menceritakan tentang bersangka baik... Bila bercerita hal-hal mcm ni biasanya ramai yang xpuas hati, ye la mcm ne nak bersangka baik klu mmg dia perangai buruk kan...Tapi takkan semuamya buruk, kekadang sebelum menghakimi orang lain kita perlu mengadili diri kita...Sempurnakah kita? Aku teringat satu hal dulu sewaktu aku bekerja dan berkata-kata dengan member aku, aku pernah bersangka buruk dengan rakan sekerja aku...apa jadi selepas itu, rakan aku tu yang tolong aku balik ketika aku ada masalah...xke malu muka time tu... Lepas pada tu, aku nekad xkan bersangka buruk dengan orang lain dah.
Cuba hayati kisah ni :
Syeikh Abi Said al-Kharraz r.a berkata: Aku masuk ke dalam Masjidil Haram dan aku melihat seorang fakir sedang meminta sesuatu. Aku pun berkata dalam hatiku "Perbuatan seperti ini menyusahkan manusia." Tiba-tiba dia memandang kearahku dan membaca ayat "Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di dalam dirimu maka hendaklah kamu berwaspada terhadapNya."(Al-Baqarah: 235) Lalu aku pun beristigfar dalam hatiku. Maka dia memanggilku dan membaca ayat "Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hambanya dan memaafkan kesalahan-kesalahan" (As-Syura: 25) Kemudian dia hilang begitu sahaja dari pandangan.
Ulasan: Firman Allah "Hai orang-orang beriman hendaklah kamu jauhi kebanyakan sangkaan buruk kerana kebanyakannya adalah memberi dosa..."(Al-Hujarat: 12)
dari Firman Allah tersebut ternyata dengan bersangka buruk ni boleh memberi dosa. Takde sebab nak bersangka buruk pon... Klu bersangka baik tentu ramai yang suka kat kita kan...Nak-nak kita ni baik, lagi orang baik dengan kita... xkira la dia tu Datuk Seri ke, Dato' ke, Pensyarah, Guru, Bos Besar, Bos Kecik, Juruteknik, PAR, Kerani ,Blogger even Cleaner or "pengampu" sekali pon bersangka baik lah....Xrugi kan?
betul..stuju2.xbaik bersangka buruk ngan org..
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeletebenda baik mmg susah sket kita nak buat..tp sentiasa bersangka baik sesama kita :)